‘Teddy Bear’ Bernilai RM9 Juta, Ini 5 Alat Mainan Paling Mahal Di Dunia

Bukan sahaja kanak-kanak bahkan orang dewasa juga gemar akan mainan. Bagi kanak-kanak lelaki, mereka lebih menyukai koleksi mainan seperti robot, kereta mainan dan patung aksi. Bagi kanak-kanak perempuan, mereka lebih minat dengan anak patung dan barang permainan masak. Namun, terdapat alat mainan yang mampu mencecah RM9 juta kerana alat mainan tersebut boleh dikategorikan sebagai antik atau limited edition.

Berikut kami kongsikan lima alat mainan paling mahal di dunia:

1. Steiff Louis Vuitton Teddy Bear (RM9,000,000)

Patung beruang yang termahal di dunia merupakan patung beruang bernama ‘Louis Vuitton bear’ yang dihasilkan oleh syarikat mainan di Jerman. Ia telah dijual dengan harga RM9 juta kepada seorang warga Korea bernama Jessie Kim. Patung beruang itu lengkap berpakaian jenama LV dilengkapi dengan beg tangan yang mahal. Kini, patung tersebut diletakkan di muzium di Jeju, Korea Selatan.

2. Cubism Style Barbie (RM2,400,000)

Barbie yang termahal ini disimpan dengan baik kerana harganya yang sangat mahal. Rantai yang dipakai anak patung ini diperbuat daripada berlian asli.

3. Nintendo Wii Supreme (RM2,100,000)

Nintendo Wii Supreme ini disaluti dengan emas 22 karat seberat 2.5 kilogram manakala butang utamanya diperbuat daripada berlian asli. Stuart Hughes mengambil masa selama satu tahun setengah untuk menyiapkan Nintendo Wii Supreme.

4. Gundam Fix Platinum Toy Robot (RM1,100,000)

Robot kecil ini telah dihasilkan pada tahun 2007 oleh seorang pereka dari Jepun yang bernama Ginza Tanaka. Robot ini hanya setinggi 12.5cm namun mempunyai berat sebanyak 1.4 kilogram. Hal ini kerana, 89 bahagian robot ini diperbuat daripada platinum asli dan matanya diperbuat daripada berlian.

5. Original G.I. Joe 12″ (RM860,000)

Figura aksi tentera ini merupakan salah satu konsep terkenal bagi pengumpul koleksi mainan yang mahal. Figura ini direka oleh Don Levine pada tahun 1963 dan telah dijual dengan harga RM856,240 kepada seorang pengumpul dari Amerika. Kini, figura ini berada di Muzium Geppi di Meryland.

Sesetengah orang gemar mengumpul alat mainan yang boleh dikategorikan sebagai antik tetapi ada orang yang mengumpul kerana minat dan mempunyai kenangan yang tersendiri.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca