Teaser Lagu Terbaharu Aliff Syukri Dikecam Orang Ramai

Teaser lagu terbaharu Datuk Seri Aliff Syukri menerima beberapa komen negatif di Instagram miliknya. Pelbagai kutukan ditujukan terhadap video tersebut.

Beliau memuat naik video single terbaharu di laman Instagram, semalam. Teaser tersebut menunjukkan Datuk Seri Aliff Syukri menyanyi sambil menangis mengeluarkan air mata darah.

Video yang tidak sampai 24 jam dimuat naik ini sudah mencapai 515,577 tontonan. Terdapat beberapa yang komen negatif terhadap teaser ini. Antara seperti:

Sumber: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri

Melalui lagu ini, Datuk Seri Aliff Syukri cuba menggambarkan perasaan yang sedih selepas melalui pelbagai kontroversi. Menurut beliau:

“ketika saya difitnah orang mengecam melampau-melampau dan saya terdiam bukan sebab bersalah tetapi biar pihak berkuasa yang menjalankan tugas,” ulasnya.

Ketika ini, Datuk Seri Aliff Syukri menghadapi satu kes mendera anak angkatnya yang berusia dua tahun. bagaimanapun, beliau kini dibebaskan atas jaminan pihak polis.

Single terbaru Datuk Aliff Syukri dijangka akan diriliskan pada Jumaat ataupun Isnin ini. Anda boleh menyaksikan teaser lagu tersebut di laman rasmi Instagram beliau.

Untuk membaca artikel lain berkaitan Datuk Seri Aliff Syukri, sila klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca