Tealive Tawar Promosi Minuman Dengan Harga RM2.50 Sahaja Sehingga 15 Jun Ini

Apabila masuk sahaja bulan Ramadan, macam-macam harga promosi ditawarkan termasuklah baju raya, kosmetik dan tidak lupa juga makanan serta minuman. Harga yang ditawarkan selalunya sangat murah berbanding harga asal sehingga para pengguna hampir ‘gila’ dibuatnya.

Sejak akhir-akhir ini, ramai yang gemar untuk minum bubble tea. Penulis pun salah seorang peminat tegar bubble tea! Walaupun kini terdapat pelbagai jenama yang menawarkan minuman ini, Tealive tetap menjadi kegemaran majoriti pembeli.

Berita baik buat anda semua yang gemarkan bubble tea Tealive! Tealive dan Touch n Go eWallet telah bekerjasama bagi Kempen Raya mereka dengan menawarkan pelbagai promosi dan diskaun minuman terpilih apabila bayaran dibuat menerusi aplikasi Touch n Go eWallet ini.

Anda semua boleh mendapatkan minuman Tealive pada harga RM2.50 sahaja bermula 5 Mei hingga 15 Jun 2019. Harga air dekat bazar pun RM3 satu cawan! Syaratnya, anda hanya cuma perlu bayar guna Touch n Go eWallet sahaja.

Walau bagaimanapun, tawaran ini hanya sah bagi minuman yang berharga RM6.50 dan terhad kepada 1 pembelian untuk satu transaksi.

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk dapatkan promosi ini! Sebelum berbuka puasa, singgahlah sekejap ke cawangan Tealive yang berdekatan dengan anda.

Artikel Lain Untuk Di Baca