Taylor Swift Kini Digelar Doktor Falsafah, Ini Ucapannya Di NYU

Ucapan Taylor Swift pada majlis garaduasi NYU amat berinspirasi kepada yang mendengar selepas beliau menerima anugerah ijazah kedoktorannya.

Sumber: Daily Mail

Penyanyi terkemuka ini memulakan ucapannya dengan berterima kasih kepada semua yang bantu menjayakan muziknya sehingga kini dan juga kepada pihak Universiti New York (NYU) yang berasa Swift layak untuk mendapat ijazah kedoktoran atas sebab mereka tersendiri.

Swift meneruskan ucapan dengan menceritakan semula kisah perjalanan hidupnya yang juga pernah habiskan pelajaran di sekolah tinggi seperti remaja lain. Seperti yang semua tahu, Swift mula terkenal dengan lagu-lagunya dari usia yang agak muda.

Beliau berkongsi bahawa hidupnya lepas persekolahan sudah bermula dengan industri muzik. Dia tidak pernah dapat merasakan suasana belajar di kolej namun dia hanya dapat merasakan suasana sebegitu dalam satu babak yang amat pendek untuk video muzik lagunya, Love Story.

Swift juga ada berkongsi pengajaran yang dia dapat dari pengalamannya sendiri kepada pelajar NYU sebagai tips sebelum mereka melangkah ke dunia luar dan ini hanya sekadar perkongsian kerana dia tahu yang mereka semua mempunyai ilmu dan cara tersendiri.

“Ini adalah perkara yang saya harap saya tahu ketika saya memulakan kerjaya impian saya iaitu dalam mengawal percintaan, kehidupan, tekanan, pilihan, kemaluan, harapan dan persahabatan.

“Pertama, kehidupan boleh menjadi berat terutamanya apabila anda cuba untuk mengangkut segalanya dalam satu masa” kata Swift.

Artis itu menerangkan bahawa sepanjang kita melangkah ke babak seterusnya dalam kehidupan, segalanya perlu ditangkap dan dilepaskan supaya tahu apa yang perlu disimpan dan dilepaskan demi kebaikan diri.

“Kedua, belajar untuk hidup dengan berasa geli (cringe) kerana sebanyak mana cara yang anda cuba untuk tidak melakukan sesuatu yang pelik, anda akan tetap berasa geli dengan perkara yang anda lakukan pada waktu lalu” tambahnya lagi.

Beliau juga ada sebut tentang zaman sekarang, melakukan perkara dengan bersahaja lebih diminati ramai dari melakukan sesuatu perkara itu dengan semangat yang tinggi.

“Tetapi, saya yang berdiri di sini jadi anda perlu dengar cakap saya”, guraunya sebelum menerangkan dengan lebih lanjut.

Perkara ini dibangkit kerana Swift merasakan mereka yang tidak mahu menunjuk usahanya ialah orang-orang yang beliau mahu berkenalan ketika di sekolah dahulu tetapi mereka yang usahanya kuat ialah orang-orang yang beliau terima untuk bekerja dengannya sekarang.

Sepanjang hidupnya diajar untuk menjadi idola yang sempurna kepada anak-anak muda tetapi lambat-laun, beliau belajar untuk abaikan harapan semua orang terhadapnya dan melangkah kehadapan dengan pilihan gaya hidupnya sendiri.

Sumber: Hello! Magazine

Swift akhiri nasihat dalam ucapannya dengan kesilapan dalam hidup akan tetap berlaku tetapi kita akan bangkit, belajar dan menjadi lebih matang dari kesilapan tersebut.

Kata-kata Taylor Swift pada hari itu dipandang tinggi dan memberi sebab mengapa beliau layak menerima ijazah kedoktoran dalam seni halus di NYU.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca