Tawar ‘Khidmat’ Bunuh Untuk Mereka Yang Tertekan Dengan Hidup, Ini Kisah Takahiro Shiraishi

Pada 30 Oktober 2017, Takahiro Shiraishi yang berusia 27 tahun telah ditangkap atas kesalahan membunuh lapan orang wanita dan seorang lelaki dalam tempoh dua bulan dan dilaporkan juga dia telah melakukan serangan seksual ke atas lapan wanita tersebut sebelum mereka dibunuh.

Dalam kalangan mangsa, empat daripadanya berumur 17 tahun dan selebihnya berumur 20 tahun ke atas.

“Aku nak tolong orang yang benar-benar menderita. Mohon mesej saya bila-bila masa saja,” kata Takahiro Shiraishi.

Menarik tentang kes Shiraishi ini adalah dia tidak mencari mangsa untuk membunuh tetapi mangsa yang mencarinya untuk dibunuh. Mangsa tersebut adalah individu yang tertekan dengan hidup dan mahu mengakhiri riwayatnya.

Shiraishi menjadikan pekerjaan membunuh individu yang hendak membunuh diri sebagai satu perniagaan malah pernah menerima bayaran sebanyak RM17,000 daripada seorang mangsa.

Shiraishi menjadikan laman Twitternya untuk menarik pelanggan. Dia menggunakan pelbagai bentuk perkataan di laman media sosialnya untuk menarik mangsa untuk dibunuh.

“Di luar sana mesti ada ramai orang yang sedang menderita apabila cuba membunuh diri. Cuma kes mereka tidak dilaporkan saja. Aku nak tolong orang macam itu.”

Dilaporkan Shiraishi semasa kecil merupakan seorang kanak-kanak normal, pendiam tetapi pandai bersosial dengan jiran. Dia gemar bersukan, jarang bercakap pasal diri sendiri.

Shiraishi juga dikatakan suka bermain cekik dengan kawan-kawannya dan kebetulan semua mangsa Shiraishi dibunuh dengan kaedah yang sama iaitu dicekik.

Sikap Shiraishi mula berubah sewaktu dia bercakap kepada ayahnya, “saya tidak tahu kenapa saya hidup.”

Waktu inilah dia mula membangunkan banyak akaun Twitter dan menggelar dirinya sebagai ‘Tukang Gantung Profesional’. Pihak polis menemui 240 serpihan tulang yang dimiliki oleh sembilan mangsa termasuk kepala dan anggota badan yang lain.

Sehingga sekarang pihak polis masih lagi menyiasat identiti mangsa-mangsa pembunuhan Shiraishi.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca