Tawar Hotel Sendiri Jadi Hospital, Cristiano Ronaldo Turut Bayar Elaun Pada Petugas Perubatan

Meskipun sedang menjalankan proses kuarantin selepas rakan sepasukannya didapati positik Koronavirus baharu (COVID-19), bintang bola sepak terkenal dunia iaitu Cristiano Ronaldo tidak hanya duduk berdiam diri.

Pemain kelab bola sepak Juventus itu dilaporkan telah menawarkan beberapa hotel miliknya yang terletak di Portugal sebagai hospital untuk kegunaan merawat wabak penyakit berbahaya itu.

Selain sanggup menutup hotel miliknya dan menukarkan pusat penginapan terbabit kepada hospital, Cristiano Ronaldo juga dikatakan akan menanggung segala kos elaun petugas perubatan dan rawatan mereka yang dijangkiti COVID-19.

Usaha murni bintang bola sepak kelahiran Madeira itu dipuji oleh kerajaan Portugal. Malah, mereka juga menggesa selebriti lain untuk turut mengikut jejak langkah Cristiano Ronaldo.

Dalam pada itu, Portugal kini mencatatkan sebanyak 169 kes COVID-19. Seperti negara lain, kerajaan tempatan juga telah mengarahkan rakyatnya untuk mengurangkan aktiviti luar dan tidak mengunjungi lokasi tumpuan ramai.

Untuk membaca artikel lain berkaitan COVID-19, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca