Dengan slogan not your typical food court, Mainroad Jalan Ampang bukanlah medan selera tipikal anda kerana ia menggabungkan 16 kedai makan dengan konsep berbeza di bawah satu bumbung.
Dalam artikel ini, anda akan didedahkan kepada nama Mainroad Jalan Ampang yang menjadi syurga makanan di Kuala Lumpur untuk semua jenis masakan dari selera Thai, Arab dan makanan laut sampailah hidangan Barat bagi memenuhi cita rasa mereka yang hadir untuk menikmatinya.
Menu Mainroad Jalan Ampang
@mainroadofficial SEMUANYA ADA DI MAINROAD 🤯 Dari mi rebus, shellout dan ke premium wagyu, korang dapat puaskan apa-apa craving anda! 16 vendors open daily! Get your feast on today 😆 📍Waze : Mainroad Jalan Ampang #mainroadjalanampang #foodie #klfoodie #kl #kualalumpur
♬ original sound – lucia <3
Oleh sebab lokasinya berada di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur, tempat makan best Ampang ini agak meriah dan sibuk dengan kunjungan pelanggan.
Kami akan kongsikan pelbagai pilihan makanan di Mainroad Jalan Ampang yang sedap dinikmati tidak kira waktu menerusi artikel ini.
Makanan Barat
1. Street Bite

Buat anda yang sedang mencari Western food in Ampang, Street Bite memang spot baik untuk memuaskan pasta craving anda. Bukan sahaja menaikkan aroma dan selera, semua pilihan makanan di sini sememangnya sesuai untuk mereka yang berselera besar.
Kami sarankan semua ‘hantu’ spageti dan makanan pedas untuk cuba menu Aglio Olio With Grill Salmon, Spicy Cheese Arrabbiata dan Spicy Buttermilk di tempat makan best Kuala Lumpur (KL) ini kerana ia memang ngam sangat dengan tekak anda.
Untuk semua yang sedang mencari tempat makan best untuk family gathering, jemput serbu Street Bite sekarang kerana keenakan Aglio Olio With Grill Salmon memang akan buat anda terbawa-bawa sehingga ke alam mimpi.

2. Vicolo Pizzeria

Menyajikan pelbagai seleksi piza bersaiz besar dan gebu, Vicolo Pizzeria adalah tempat makan best untuk family gathering kerana ia membuatkan nafsu makan anda ingin datang lagi.
Jika sukakan piza yang lembut dan kaya dengan topping, anda boleh cuba Vicolo Supreme, Tiga Benua dan Beef Pepperoni. Sekali dah cuba mesti nak lagi!
Sekiranya in the mood for cheese pula, anda boleh cuba menu Volcano Cheesy Pizza di Jalan Ampang ini. Tengok gambar pun dah terliur kan?

3. Cheezie N’ Bros

Cheezie N’ Bros menyajikan pelbagai seleksi Western food in Ampang yang mampu membangkitkan selera dan deria rasa anda. Untuk Crispy Bacon Cheesy Fries, anda akan dapat kentang goreng yang dilimpahi daging bacon, keju mozarela dan sos barbeku. Cheesy cheesy yummy peasy!
Hot Chili Cheezy Nachos mendapat pujian ramai pelanggan terutamanya peminat Western food in Ampang yang memang kaki pedas. Untuk The Mega Mac, para pelanggan dapat menikmati dada ayam yang dilimpahi keju mozarela.

Makanan laut
1. Clams & Mussels

Terkenal dengan tarikan makanan laut yang memang superb, Clams & Mussels merupakan salah satu tempat makan best Ampang yang wajib ada dalam senarai setiap pencinta seafood.
Clams Butter Chilli dan Fried Mantou boleh buat anda tidak tidur malam dengan isi kerang yang gemuk, berjus dan cair dalam mulut. Betapa menggodanya aroma enak Mantou Goreng yang sangat lembut dan gebu!
Jika anda tidak meminati kerang, boleh cuba udang harimau atau ketam yang digoreng celur (deep fried) bersama kuah Butter Chilli yang pekat.

Sekiranya mahu berkongsi bersama orang lain, anda boleh cuba Clams + Mussels Butter Chilli With Fried Mantou. Untuk Twin Set (2 pax), anda akan dapat dua set hidangan sampingan (nasi kukus harum atau mantou goreng) dan kuah pilihan.
Sesuai untuk dua sehingga tiga orang, Bundle Set didatangkan bersama dua set hidangan sampingan (nasi kukus harum atau mantou goreng) dan kuah pilihan anda.

Jika mahu makan bersama satu atau dua orang lain, anda boleh cuba Clams + Mussels + Tiger Prawn. Untuk kuah dan hidangan sampingan pilihan, anda boleh cuba menu ini bersama Butter Chilli dan mantou goreng. Udangnya memang besar dan segar jadi buat anda yang mahu menjejakkan kaki ke tempat makan best KL ini bersama rakan-rakan foodie, jemput cuba Clams & Mussels!
2. Comot Comot Seafood

Khas untuk semua pencinta makanan laut, Comot Comot Seafood ini port baik untuk anda semua pekena shell out!
Berbekalkan RM36.40, anda boleh dapatkan Individual Set yang lengkap bersama pelbagai pilihan makanan laut seperti udang, sotong, ketam, kapis (scallop), kupang hitam (black mussels) dan siput buluh (bamboo shell) yang segar serta berkualiti tinggi.
Selain itu, Individual Set turut didatangkan bersama nasi, jagung, brokoli dan lobak merah. Untuk anda yang tinggal di Ampang dan mahu cuba hidangan shell out, singgah sahaja ke Comot Comot Seafood!
Masakan Thai
Wok On Fire

Untuk penggemar makanan Thai, Wok On Fire di Mainroad Jalan Ampang memberikan identiti sendiri dalam masakan mereka yang sangat menepati selera dan tekak orang Malaysia.
Sedap dimakan panas panas, anda boleh cuba Creamy Tom Yum Soup Combo yang pedas dan berkrim. Anda boleh juga cuba Ayam Masak Paprik Combo ataupun Daging Masak Black Pepper Combo. Untuk menu combo di Wok On Fire, ia dihidangkan bersama nasi dan telur goreng.
Masakan Arab
Halaki’s Kitchen
Halaki’s Kitchen tidak pernah lekang dengan kunjungan penggemar makanan Arab di Ampang kerana rasanya yang padu dan confirm lazat. Kunafa dari tempat makan family friendly ini adalah antara pencuci mulut yang digemari di Jalan Ampang kerana bahagian bawahnya lembut dan dipenuhi dengan rasa lemak susu dan keju.

Double Shawarma Plate di Halaki’s Kitchen ini pula cukup penuh dengan isi ayam yang cukup lembut. Selain itu, anda boleh juga cuba Roasted Chicken dengan nasi mandy, sos bawang putih dan sos cili Arab.

Lain-lain
1. Mee Jalil Original Penang

“Mee goreng sedap oi. Pada mulanya nak kongsi dengan wife, bila dah rasa, wife yang tak nak share. Beginilah kehidupan.” – Khairul
Ia bukan lagi satu rahsia bagaimana Mee Jalil Original Penang selalu menjadi igauan ramai sejak tahun 1983 apabila kami membaca ulasan yang ditinggalkan oleh salah seorang pelanggan di atas.
Buat anda yang teringin nak makan makanan Pulau Pinang, anda boleh memenuhi selera utara dengan menikmati Mee Jalil Meleleh, Mee Rebus dan Pasembor sekiranya mengunjungi kedai makan di Jalan Ampang ini.
2. M. Kopitiam

Menyajikan pelbagai pilihan juadah yang cukup rasa pada lidah orang kebiasaan, M. Kopitiam adalah salah satu tempat makan best Ampang yang sentiasa memikat selera para pengunjung.

Kalau tekak terasa macam nak makan asam pedas, anda boleh cuba Set Nasi Asam Pedas. Untuk yang lebih meminati juadah simple tetapu mengenyangkan, anda boleh cuba nasi goreng dan mi di sini.

3. Aroma Kitchen

Dengan tagline the taste you will never forget, anda wajib cuba Lamb Burger + Fries + Cheese kerana patti daging kambing, ban burger dan sos di kedai ini adalah buatan sendiri.
Untuk anda yang suka makan burger penuh dengan sayur-sayuran, Lamb Burger + Fries + Cheese ini juga ada salad, tomato, gherkin (mentimun kecil yang selalu dicelur atau dijeruk dengan cuka), mayonis, sos dan keju.
Anda boleh juga cuba Chicken Chop kerana sos lada hitam di Aroma Kitchen adalah buatan sendiri. Sos lada hitam yang menyaluti potongan ayam itu pula cukup rasa pedasnya dan memanggil-manggil untuk tambah lagi dan lagi.
Selain itu, anda boleh cuba Mix Platter. Dengan portion yang sesuai untuk empat sehingga lima orang, anda akan dapat nasi goreng, kambing panggang, ayam rangup, kentang goreng, kentang lecek (mashed potato) dan salad.
4. Taste Of JDT

Rindu nak makan makanan Johor? Taste of JDT membawakan cita rasa asli dari Johor kepada warga Ampang! Jika menjamu selera di tempat makan best KL ini, anda boleh cuba Nasi Goreng Kambing, Sup Tulang Merah dan Sup Gearbox Lembu.
Sup Gearbox Lembu mencetus fenomena tersendiri dalam kalangan pelanggan Taste Of JDT kerana kuahnya yang pekat menyengat dan cukup rasa rempah, masam, manis serta pedas.
Selain sedap dinikmati bersama garlic bread, Sup Gearbox Lembu di Taste of JDT ini juga sungguh enak dimakan begitu sahaja.
5. Auuz-chan Pastry

Selepas menikmati juadah utama, anda pastinya mahukan pencuci mulut yang manis dan menyegarkan sebagai penutup selera. Auuz-Chan Pastry merupakan salah satu sebab kenapa kami kata Mainroad Jalan Ampang adalah tempat makan terbaik untuk family gathering.
Ini kerana makanan yang lazat, sedap dan dimakan bersama seperti yang ditawarkan di Auuz-chan Pastry dapat menyatukan serta mengeratkan kasih sayang sesama ahli keluarga.
Buat penggemar pastri manis yang sedap dinikmati sepanjang masa, Auuz-chan Pastry menyediakan pelbagai pencuci mulut seperti Triple Chocolate Waffle, Triple Chocolate Crepe With Ice Cream dan Waffle Mix- Biscoff + Oreo untuk memuaskan nafsu makan manis yang menyapa jiwa anda.

6. Makan Sini

Nak makan mana? Makan Sini lah! Singgahan anda ke Mainroad Jalan Ampang tidak akan lengkap tanpa mencuba menu Nasi Ayam Bakar Pasu yang mengeluarkan aroma menyelerakan di Makan Sini.
Mencuri perhatian ramai dengan keunikan masakannya, Nasi Ayam Bakar Pasu ini berbeza daripada ayam panggang lain kerana ia dibakar di atas pasu.
Aroma menu kegilaan ramai ini juga sedikit berbeza kerana wap dan haba akan meresap ke dalam isi ayam membuatkan rasa ayam lebih berjus.
Untuk yang baru pertama kali pergi ke Jalan Ampang restaurant ini, anda boleh cuba Set Ayam Dada Pasu, Set Daging Pasu dan Set Ayam Goreng Kunyit.
7. Alif Satay

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan Alif Satay? Alif Satay menjanjikan kelazatan kerana sate dagingnya cukup lembut, kuah kacangnya pula cukup berkrim dan saiznya yang lebih besar daripada sate biasa.

Untuk extra rangup, anda boleh add on bawang goreng pada sate anda!
Promosi Mainroad Jalan Ampang
1. Birthday discount- 15% off

Tidak sabar-sabar untuk belanja diri sendiri ataupun orang tersayang ketika hari lahir? Anda cuma perlu menunjukkan kad pengenalan untuk menebus diskaun sebanyak 15 peratus untuk makanan-makanan lazat pada hari lahir anda.
2. Student discount- 15% off (Sabtu dan Ahad sahaja)

Mainroad Jalan Ampang menawarkan potongan harga khas untuk para pelajar sebanyak 15 peratus untuk semua makanan dan minuman pada hari Sabtu dan Ahad bermula dari 10 malam sehingga 12 tengah malam.
Anda hanya perlu tunjuk kad pelajar untuk menebus promosi di tempat makan best KL ini.
Cara pesan makanan di Mainroad Jalan Ampang
First time datang makan di Mainroad Jalan Ampang? Bagi yang baru first time mahu pergi ke tempat makan malam menarik di KL ini, anda perlu memesan makanan atau minuman di vendor terlebih dahulu.
Selepas sudah selesai pilih mana yang berkenan, anda boleh pergi ke kaunter juruwang (cashier) dan buat bayaran di situ. Anda akan dapat buzzer selepas selesai membuat pesanan dan bayar.
Sebaik sahaja buzzer sudah berbunyi dan bergetar, anda boleh mengambil makanan dan minuman yang dipesan di vendor.
Fasiliti yang ada di Mainroad Jalan Ampang
i. Kemudahan tempat letak kereta
Buat anda yang ingin datang ke Mainroad Jalan Ampang, anda tidak perlu risau tentang masalah tempat letak kereta kerana medan selera ini menyediakan ruang khas yang besar dan luas untuk kemudahan pelanggan.
ii. Tempat makan untuk keluarga yang luas dan selesa

Biasanya menjadi tumpuan ramai sewaktu makan malam, Mainroad Jalan Ampang menyediakan suasana yang cukup santai dan selesa untuk gathering bersama seisi keluarga.
Baru sahaja berpindah ke tempat yang lebih luas pada Februari 2022, tempat makan family friendly terletak berdekatan Hospital Gleneagles Kuala Lumpur ini menyediakan ruang yang luas untuk anda menikmati makanan sambil berbual bersama ahli keluarga.
iii. Surau
Tempat makan malam menarik Kuala Lumpur ini menyediakan surau untuk memudahkan para pelanggan menunaikan solat.
iv. Kedai-kedai lain

Selepas selesai menjamu selera, anda boleh juga melakukan pelbagai aktiviti menarik di tingkat kedua Mainroad Jalan Ampang pula. Anda boleh mencuci mata di Butik Dzana atau Fafa, pergi ke M Art Hair Salon untuk memotong rambut ataupun memanjakan diri sendiri dengan minyak wangi baharu dari Emajie.
Jadi tunggu apa lagi? Jemput datang ke Mainroad Jalan Ampang sekarang!
Alamat
Lot 108 Jalan Ampang Desa Pahlawan 50450 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Google Maps
Waze
Waktu operasi dan nombor telefon
Isnin – Jumaat: 12 tengah hari – 1 pagi
Sabtu – Ahad: 4 petang – 12 tengah malam
Untuk sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi mereka dengan WhatsApp 012-658 0060 ataupun layari sahaja media sosial Mainroad Jalan Ampang.
Instagram: @mainroadjalanampang
Facebook: Mainroad Jalan Ampang
TikTok: @mainroadofficial
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: