Siapa saja yang mahu lepaskan peluang bergambar jika pemandangan yang disajikan begitu memukau?
View this post on InstagramA post shared by ФОТО | ИДЕИ | БЛОГЕР (@mariiinkin) on
Terdapat sebuah tasik di Rusia yang kelihatan seperti laut yang indah dengan warna kebiru-biruan persis Laut Caribbean.
Jadi, tidak hairanlah ramai Instafamous yang sanggup datang ke tasik ini bagi mendapatkan gambar yang cantik.
Namun, hakikatnya tasik ini dipanggil tasik toksik kerana tasik ini merupakan lokasi pembuangan sisa-sisa toksik yang berbahaya dari loji jana kuasa berdekatan.
Kecantikan air tasik yang bewarna biru cerah itu disebabkan oleh bahan kimia iaitu oksida logam dan garam kalsium yang larut di dalam air tasik tersebut.
Syarikat Loji jana kuasa yang memiliki tasik itu mendorong orang ramai untuk berhenti berenang atau melakukan sebarang aktiviti di situ semata-mata untuk mengejar gambar yang cantik.
Syarikat itu turut mengeluarkan amaran dengan berkata “Anda tidak boleh berenang di dalam tasik itu kera ia dipenuhi sisa toksik yang berbahaya. Air di dalamnya mengandungi alkali yang tinggi. Jika terkena kulit boleh menyebabkan berlakunya reaksi alahan”.
Tambah syarikat itu lagi, permukaan dasar tasik toksik itu sangat berlumpur dan akan menyukarkan seseorang untuk keluar dari kawasan tersebut.
“Oleh itu, kami menggesa orang ramai supaya tidak keterlaluan semasa berswafoto sehingga jatuh ke dalam tasik tersebut kerana itu satu risiko yang sangat besar,” katanya.
Janganlah seronok sangat mahu berswafoto tapi lupa keselamatan diri anda.