Tasik Ini Mampu Menukar Haiwan Yang ‘Berkunjung’ Di Situ Menjadi Batu

Tasik merupakan tempat persinggahan burung-burung untuk berhijrah atau mencari makan. Terdapat sebuah tasik di Tanzania, Afrika yang sungguh cantik apabila dilihat dari jauh. Dari sudut pandangan kita, tasik itu mungkin kelihatan biasa sahaja.

Namun, tasik tersebut mempunyai misteri tersendiri di mana ia mampu menukar burung-burung atau haiwan sekelilingnya menjadi batu.

Tasik Natron di Tanzania adalah salah satu daripada tasik yang paling tenang di Afrika, tetapi ia juga merupakan sumber beberapa gambar Fantasmagorikal yang paling banyak ditangkap di mana imej yang kelihatan seolah-olah haiwan hidup serta-merta bertukar menjadi batu.

Air di Tasik Natron ini mempunyai pH setinggi 10.5 dan ia boleh membakar kulit dan mata haiwan. Ia mempunyai pH yang sedemikian kerana natrium karbonat dan mineral lain mengalir ke dalam tasik itu dari bukit-bukit di sekitarnya. Pada masa yang sama, natrium karbonat itu dahulunya digunakan dalam pemumiaan pada zaman Mesir.

Walau bagaimanapun, beberapa laporan media menyatakan bahawa sesetengah haiwan tidak bertukar menjadi batu dan mati selepas bersentuhan dengan air tasik itu.

Semasa musim pembiakan, lebih kurang 2 juta burung bangau menggunakan tasik cetek sebagai tempat pembiakan utama mereka di Afrika. Sarang bangau dibina di atas pulau-pulau kecil yang terbentuk di tasik semasa musim kering.

Tasik Natron adalah salah satu daripada 2 tasik alkali di kawasan Afrika Timur manakala yang lain adalah Tasik Bahi. Kedua-duanya adalah tasik terminal yang tidak mengalir ke mana-mana sungai atau laut. Sebagai tasik cetek dalam iklim yang panas, suhu air mereka boleh mencapai setinggi 106 darjah Fahrenheit (41 darjah Celcius).

Namun, ketenangan Tasik Natron dan populasi bangau diancam oleh loji kuasa hidroelektrik di Sungai Ewaso Ngiro. Tasik ini juga tidak ditemui oleh orang Eropah sehinggalah tahun 1954. Tiada jenis kehidupan yang dapat hidup di dalam tasik ini kecuali ikan-ikan tilapia yang bersifat alkali.

Sekiranya tahap alkali tasik itu berkurangan, Cyanobacteria juga akan berkurangan dan ini akan menyebabkan habitat bangau terancam. Selain kehilangan habitat burung, dunia juga akan kehilangan keajaiban alam yang indah dan luar biasa jika terlalu banyak air dialihkan ke selatan Natron.

Penulis

  • Munir Mahdi adalah pelajar Fakulti Filem, Teater dan Animasi.
  • Dr. Mohd Syuhaidi Abu Bakar adalah Pensyarah Kanan, Fakulti Filem, Teater dan Animasi.

Artikel Lain Untuk Di Baca