Tarikan Kepada Pencinta Buku, Kenali Apa Itu ‘Bookstagram’

bookstagram

Bookstagram bukanlah sesuatu yang baharu, namun ia telah menjadi tarikan kepada pencinta buku di negara kita sejak kebelakangan ini. Istilah bookstagram merupakan gabungan di antara buku dan juga media sosial Instagram.

Pada mulanya, terdapat satu hashtag iaitu #bookstagram telah digunakan oleh komuniti pembaca bagi berkongsi gambar serta pandangan tentang koleksi buku mereka. Kini penggunaan hashtag tersebut mempunyai kira-kira lebih daripada 67 juta di seluruh negara.

Kemudian wujudlah beberapa akaun yang berkaitan khusus kepada komuniti pencinta buku setelah mendapat perhatian orang ramai. Ini merupakan beberapa akaun bookstagram tempatan:

Kebanyakan daripada mereka mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi mempunyai minat yang sama iaitu suka membaca. Pengisian akaun tersebut banyak berkongsi tentang ulasan dan juga pengalaman setelah membaca sesuatu bahan bacaan.

Ada juga di antara mereka yang membuat penilaian individu secara keseluruhan berdasarkan pandangan dan pemahaman mereka sendiri terhadap buku itu.

Informasi sebegini sangat sesuai kepada mereka yang gemar membaca dan ingin mengumpul koleksi buku.

Bukan itu sahaja, malah akaun bookstagram juga boleh meningkatkan lagi tabiat suka membaca dalam kalangan remaja zaman sekarang.

Trend seperti ini secara tidak langsung banyak mendatangkan manfaat serta memberi motivasi dalam memupuk minat membaca kepada orang ramai.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca