“Tarik Balik Kelonggaran Jika COVID-19 Kembali.” – Dr. Noor Hisham

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah memberi bayangan seolah-olah kelonggaran yang diberikan kepada rakyat Malaysia ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini mungkin ditarik balik sekiranya wabak COVID-19 kembali menular.

Dr. Noor Hisham menjelaskan bahawa terdapat kemungkinan besar negara terpaksa berbalik kepada keadaan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sekiranya situasi itu berlaku.

“Sekiranya penularan kes COVID-19 ini kembali, kita akan membuat seperti sebelum ini termasuk menutup semula kemudahan dan melakukan saringan seperti PKP dahulu.

Tujuan utama kita pada PKPP ialah membuka semua sektor dan memantau rapat kes penularan tempatan,” ujarnya.

Dr. Noor Hisham juga menyifatkan 1 Julai sebagai permulaan yang baik kerana Malaysia berjaya merekodkan sifar kes transmisi tempatan.

Walau bagaimanapun, beliau turut memberitahu rakyat Malaysia perlu mengekalkan momentum berkenaan untuk 28 hari yang akan datang bagi membolehkan Malaysia diisytiharkan bebas daripada jangkitan tersebut.

Tambah Dr. Noor Hisham lagi, “Saya pasti kita boleh.”

Sebagai peringatan, rakyat Malaysia dinasihati untuk sentiasa mematuhi arahan kerajaan sepanjang tempoh PKPP kerana kesihatan anda dan orang sekeliling perlu menjadi keutamaan sepanjang masa.

Pada pendapat anda, adakah keadaan seperti Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini merupakan usaha terbaik daripada pihak kerajaan untuk membendung penularan COVID-19?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca