Apabila sebut tentang Jepun, apakah yang bermain di fikiran anda? Adakah sushi, Ultraman atau Maria Ozawa? Selain produk budaya tersebut, sejenis tarian unik turut berasal dari negara matahari terbit ini iaitu Tarian Butoh.

Butoh merupakan salah sebuah tarian kontemporari Jepun dan dipersembahkan oleh sekumpulan penari.

Sejarah tarian ini bermula selepas Perang Dunia Ke-2 dan diasaskan oleh Hijikata Tatsumi pada sekitar tahun 1959.

Tatsumi Hijakata. Via The Japan Times

Pada masa itu, Hijikata bercita-cita untuk bereksperimen tarian baru yang Avant-garde, melanggar norma masyarakat dan tidak pernah dibuat orang.

Tarian berunsurkan kegelapan ini juga merupakan sebuah ekspresi yang lahir daripada kesedihan akibat peperangan waktu itu.

Tarian ini bukan hiburan untuk semua orang kerana isinya yang absurd dan mengangkat topik-topik tabu seperti kematian, erotik dan homoseksual.

Koreografinya pula aneh, di mana para penari yang dicat putih pada keseluruhan tubuh akan menzahirkan wajah dan gerak tari perlahan seperti zombi.

Via Japan Info

Butoh bermaksud ‘Tari’ dan ‘Langkah’ dalam bahasa Jepun manakala di Malaysia, Butoh merupakan perkataan slanga dan mempunyai makna yang tidak manis disebut.

Ikuti Kami Di Ruang Internet Anda