Tantrum No More, Mudahnya Tenteramkan Anak Mengamuk Dan Bantunya Kawal Emosi

Pernah melalui situasi di mana anda berasa marah dan terpukul anak tanpa sengaja? Anda dapati anak menjadi baran atau cepat mengamuk tetapi tidak tahu ingin buat apa untuk mengawal masalah tersebut. Ada caranya untuk tenteramkan anak mengamuk dan bantu mereka kawal emosi.

Jika anda mula risau dengan cara anda menguruskan anak, jangan panik dahulu. Ini bukanlah perkara luar biasa kerana semua ibu bapa di luar sana pasti pernah berhadapan dengan situasi yang sama.

Ibu bapa menjadi tertekan apabila anak-anak tidak berkelakuan baik sama ada di rumah atau di tempat awam. Pelbagai cara telah dicuba tetapi anak masih tidak tenteram dan susah dikawal.

Mula-mula, fahamkan sebab mengapa anak anda boleh bertindak sedemikian rupa. Kajian daripada Parenting Research Centre mendapati kanak-kanak berusia 1 hingga 3 tahun akan lebih cenderung untuk menunjukkan respons yang agresif.

Anak menangis tanpa terkawal adalah salah satu sifat tantrum (Sumber: Alpha Mom)

Hal ini kerana mereka berada pada tahap perkembangan kemahiran bersosial dan beremosi. Jadi, anak anda juga sebenarnya sedang berasa keliru dengan stimulasi yang berlaku dalam diri mereka.

Tambahan pula, kanak-kanak dalam lingkungan ini berasa tersekat kerana tidak boleh berekspresi melalui percakapan normal seperti mereka yang berusia 3 tahun ke atas.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna anak anda yang berumur 6 atau 7 tahun tidak akan buat perangai dengan mengamuk atau tantrum. Perkara ini berbalik kepada masalah dalam pengendalian emosi.

Diri kita boleh merasai pelbagai emosi dalam masa yang singkat. Anak lebih terbeban dengan perasaan negatif seperti takut, sedih, marah, kecewa dan sebagainya. Mereka masih belum dapat mengenal pasti sendiri punca masalah sehingga emosi tersebut meletus sebagai tantrum yang tidak terkawal.

Selain itu, ibu bapa juga boleh menyebabkan anak mengamuk secara tiba-tiba. Anda tidak setuju? Cuba anda ingat semula pengalaman dan waktu anda bersama anak sebelum ini.

Pernahkah anda bawa anak berjumpa orang baru di tempat awam? Atau pernahkah anda mengubah perkara dalam rutin harian mereka? Mungkin juga anda tidak meluangkan masa yang cukup untuk berkomunikasi dan memberi tumpuan kepada anak.

Perkara begini dianggap remeh tetapi mampu memberi impak yang besar terhadap pengendalian emosi anak.

Cabaran pada peringkat ini perlu diatasi dengan baik supaya anak-anak dapat membesar dengan lebih progresif. Apa cara yang berkesan untuk tenteramkan anak dan membantunya kendali emosi?

Kawalan emosi seorang ibu adalah penting dalam mengendalikan situasi anak mengamuk. (Sumber: Family Education)

1. Bawa bertenang

Jika anda terus marah, keadaan akan jadi lebih sukar bagi kedua-dua ibu bapa dan anak. Semasa bercakap, kekalkan suara dalam nada rendah dan bertindak dengan tenang.

2. Kenali emosi anak anda

Contohnya, ‘Sedih kan bila adik terpatahkan krayon warna kegemaran adik?’ Ini dapat membantu mengelakkan tingkah laku anak menjadi tidak terkawal dan memberi peluang kepada anak anda untuk mengatur semula emosi.

3. Ambil alih situasi ketika perlu

Sekiranya anak mengamuk kerana mahukan sesuatu, usah ikuti kehendak mereka secara melulu. Apabila anak tidak mahu melakukan sesuatu, pertimbangkan solusi tanpa perlu memaksa diri mereka.

Ia bukanlah proses yang cepat dan mudah kerana kanak-kanak memberikan reaksi yang berbeza dan tidak konsisten sepanjang masa. Ada juga ibu bapa yang mengambil ikhtiar lain bagi mengatasi masalah yang dihadapi seperti mengikuti kelas-kelas terapi.

Tahukah anda, ada cara yang lebih mudah untuk mengawal sikap cepat mengamuk anak anda serta membantu mereka mengawal emosi?

Bukan itu sahaja, ibu bapa turut boleh meluangkan masa bersama anak-anak dan dalam masa yang sama secara tidak langsung akan mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain. Ya, bonding time!

Kitz Nuha telah melancarkan produk Nuha Edu Box versi baru bersama Thematic Book Edisi Ke-2 yang bernama “Don’t Cry, My Child. Smile & Play” pada 6 Jun 2021.

Menarik, bukan? Produk ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 1 hingga 7 tahun yang bermasalah dalam pengendalian emosi dan mudah mengamuk.

Sambil seisi keluarga melaksanakan lockdown di rumah, bolehlah anda menggunakan masa ini untuk melatih anak mengenali emosi.

Produk ini didatangi dengan panduan secara bertulis berserta video penerangan untuk menunjukkan proses dan cara yang betul untuk tenteramkan anak ketika tantrum.

Bahan bantu mengajar daripada Kitz Nuha ini bertujuan memudahkan beban ibu bapa dan mengukuhkan lagi ikatan antara ibu bapa dan anak ketika di rumah.

Aktiviti yang boleh dilakukan untuk ibu dan anak melalui Thematic Book 2 bagi mempelajari cara mengawal emosi anak

Sempena pelancaran Thematic Book 2: Don’t Cry, My Child. Smile & Play ini, Kitz Nuha mengadakan jualan promosi Nuha Busy Box yang berlangsung dari 17 Jun sehingga 24 Jun 2021.

Dalam tempoh berikut, produk ini boleh didapati dengan harga promosi RM69.90. Jimat RM9.80 daripada harga asal.

Malah dengan pembelian RM69.90 itu juga, ibu bapa akan dapat sekali:

  1. Reusable book
  2. Bahan untuk hands-on
  3. 30 videos step by step
  4. Peel off die-cut puzzle
  5. E-manual

Selain itu, dalam tempoh promosi yang ditetapkan itu, anda boleh juga mendapatkan combo-combo menarik lain dengan harga diskaun 30%. Antara pilihan combo tersebut adalah:

  1. Combo Anak Tenang

2. Combo Hari Hari, Hari Raya

Terlajak berbaloi kan?

Jadi, jom rebut peluang lumayan ini untuk dapatkan Nuha Busy Box edisi Don’t Cry, My Child. Smile & Play berserta promosi combo dan potongan harga 30% hanya di laman sesawang OnPay. Klik SINI bagi membuat pembelian segera selagi stok masih ada!

Anda boleh juga mendaftar di borang senarai pembelian ini untuk tidak terkecuali sepanjang jualan diskaun berlangsung sehingga 24 Jun 2021.

No more tantrum, anak yang tenang dan gembira adalah kesenorokan terindah ibu bapa.

Untuk maklumat lanjut berkenaan produk-produk Kitz Nuha, anda boleh lihat di media sosial tertera:

Facebook: KitzNuha

Instagram: @kitzatnuha

Twitter: @KitzNuha

Artikel Lain Untuk Di Baca