Siapakah di antara anda yang tidak mahu menjadi kaya? Menjadi seorang yang kaya dan berjaya adalah impian setiap orang. Walaupun kekayaan bukanlah kebahagiaan yang utama, namun tidak dapat dinafikan bahawa menjadi kaya adalah tujuan ramai orang untuk bahagia.
Dalam membina kerjaya untuk stabil dari segi kewangan sebenarnya bukan sahaja bergantung kepada rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan mahupun usaha seseorang, namun ia harus ‘kena’ dengan sikap individu terbabit. Jika salah satu tanda di bawah ada pada anda, ia boleh menjadi tanda bahawa anda sudah bersedia untuk menjadi orang kaya. Antaranya adalah:
1. Anda Tidak Boros Dengan Duit Lebihan Yang Ada
Apabila diberi bonus atau duit Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sudah masuk, otak anda masih bersahaja dan tidak langsung berfikir tentang iPhone ataupun perasaan ingin berfoya-foya bersama rakan. Ini adalah tanda bahawa anda akan menjadi kaya suatu hari nanti. Anda juga lebih memikirkan tentang perkara yang lebih penting seperti memiliki rumah sendiri.
2. Anda Tidak Takut Untuk Gagal Dan Belajar Dari Kesilapan
Anda sentiasa berani dalam apa jua situasi tanpa anda sedari, mungkin di universiti anda jenis yang kerap bertukar subjek mahupun jurusan. Bagi anda, selagi tidak cuba selagi itu kita tidak akan tahu. Namun, anda bukan jenis yang suka mencuba dan mudah berputus asa. Walaupun mungkin anda menyesal dengan keputusan yang dibuat, anda belajar daripada kesilapan tersebut dan meneruskan hidup anda seperti biasa.
3. Anda Sentiasa Bersedia Dari Segi Kewangan Terutamanya Ketika Kecemasan
Tanda seterusnya bahawa suatu hari nanti anda akan berjaya adalah kepakaran anda memanfaatkan waktu dalam menguruskan hal kewangan. Perkara ini hanya dimiliki oleh orang yang berpotensi berjaya yang tidak suka bermain dan bersuara. Percayalah, suatu hari nanti anda akan mencapai apa yang anda impikan walaupun anda perlu berusaha lebih daripada orang lain pada masa ini.
Di samping itu juga, kadang kala kehidupan kita ini sentiasa dipenuhi dengan kejutan yang hadir dengan suatu kos yang sangat tinggi. Contohnya, kemalangan di luar negara pada ketika anda tidak dilindungi insuran atau dibuang kerja walaupun bukan kesalahan anda. Namun, sekurang-kurangnya dengan wang simpanan dan pendapatan sampingan yang ada ia mampu mengurangkan tekanan yang dihadapi.
4. Anda Seorang Yang Pandai Mengambil Peluang
Bijak membaca peluang adalah salah satu kemahiran utama untuk orang yang ingin berjaya. Keupayaan untuk membaca peluang-peluang ini biasanya dapat dilihat lebih awal dan juga dapat diasah dan terus berkembang. Jika tanda ini ada pada anda, jangan teragak-agak untuk melatih lagi dari sekarang. Jadi, pada masa akan datang, anda boleh mencapai kekayaan yang anda inginkan.
5. Anda Sentiasa Membayar Pinjaman Pada Masanya
Seterusnya, tanda anda seorang yang kaya adalah anda lebih bijak menguruskan pinjaman pelajaran, pinjaman rumah mahupun kereta. Anda sentiasa membuat bayaran tepat pada masanya, dan kadangkala membayar lebih awal dan melebihi jumlah yang sepatutnya pada setiap bulan. Menghabiskan bayaran pinjaman dalam tempoh yang singkat sebenarnya merupakan tindakan yang bijak kerana bunga (interest) adalah lebih rendah, jadi anda membayar lebih sedikit berbanding yang sepatutnya.
6. Anda Sentiasa Mencari Tawaran Atau Deal Yang Terbaik
Dalam apa jua keadaan, setiap orang sentiasa inginkan tawaran harga yang terbaik. Anda sebenarnya bukanlah tidak mampu, namun anda mahu mempunyai pilihan, berasa tidak puas hati selagi tidak cuba membuat perbandingan harga. Sikap anda yang optimistik dan yakin tentang adanya tawaran yang lebih baik akan menjadikan anda seorang yang berjaya suatu hari nanti.
Oleh itu, tidak dilupakan juga mentaliti seorang yang kaya adalah orang yang suka memberi. Tetapi anda perlu ingat, jika anda bersedekah, jangan suka mempamerkannya. Hal ini kerana ia bukannya mendapat kebaikan, malah apa yang terjadi adalah suatu keburukan. Jadi, bagaimana dengan mentaliti anda sekarang?
Sumber: Aliffchannel.com