Tangguh Larangan Merokok: Sabah Ada Ordinan Sendiri

Penangguhan larangan merokok di semua restoran dan premis makanan di negeri ini menjadi penanda aras kepada kerajaan negeri Sabah menggunakan haknya dalam membuat keputusan berasaskan ordinan kerajaan tempatan negeri ini.

Keputusan itu dibuat sejajar dengan prinsip yang dipegang kerajaan negeri Sabah yang baharu dipimpin Ketua Menteri Datuk Sri Mohd Shafie Apdal yang mengutamakan Hak-Hak Sabah seperti terkandung dalam Perjanjian Malaysia 1963, sentiasa terjamin termasuk dalam soal penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan.

Larangan merokok itu dikuatkuasakan bermula 1 Januari lepas di seluruh negara tetapi hanya Sabah dan Sarawak masih menangguhkan pelaksanaannya sementara menunggu keputusan mesyuarat Kabinet negeri masing-masing.

Sabah bersama negeri jirannya itu biarpun sependapat dengan kerajaan persekutuan dalam undang-undang anti-merokok, namun dari segi penguatkuasaan mempunyai ordinan kerajaan tempatan sendiri.

Bagi menteri bertanggungjawab berkaitan Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah Datuk Stephen Wong menyifatkan beberapa perkara perlu dibuat termasuk berkaitan ordinan kerajaan tempatan untuk disahkan dalam mesyuarat Kabinet negeri pada minggu hadapan, dijangka pada Rabu sebelum keputusan pelaksanaan dibuat.

Pada masa sama, Wong mengakui larangan itu baik untuk orang ramai tetapi pelaksanaannya di Sabah memerlukan beberapa pelarasan berkaitan ordinan kerajaan tempatan sedia ada.

Sumber: Bernama

Anda semua boleh lah melawati Telegram Lejen Press untuk mendapat informasi atau cerita yang lebih menarik. Di telegram tersebut mempunyai pelbagai cerita atau informasi yang menarik dan memberikan manfaat kepada semua.

Artikel Lain Untuk Di Baca