Angkat Bagasi Bukan Tugas Kru Kabin, Pramugari Ini Patah Tangan Selepas Bantu Angkat Bagasi Penumpang

Pernahkah anda cuba untuk memasukkan bagasi berat anda ke dalam overhead compartment tetapi tiada kru kabin yang menghulurkan tangan untuk membantu?

Sebelum anda menuding jari dan menyalahkan orang lain, tugas seorang kru kabin tidak termasuk membantu penumpang untuk memasukkan bagasi lebih muatan mereka ke dalam compartment.

Hal ini kerana bagasi anda ialah tanggungjawab anda sendiri. Dalam erti kata lain, ia merupakan tanggungjawab anda sendiri untuk mendaftarkan bagasi ke dalam kargo.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila seorang pengguna Twitter mendedahkan bahawa rakannya yang merupakan seorang pramugari telah menulis di Instagram story mengenai tangan seorang kru kabin patah selepas membantu seorang penumpang.

Insiden ini berlaku apabila dia membantu penumpang tersebut untuk memasukkan bagasinya ke dalam overhead compartment tetapi malang tidak berbau kerana bagasi tersebut jatuh lalu menyebabkan tangannya patah.

Untuk pengetahuan anda, pramugari berkenaan menegaskan bahawa mereka tidak dibenarkan untuk mengangkat bagasi penumpang.

Sekiranya anda sebagai seorang penumpang pun tidak mampu untuk mengangkat bagasi itu ke dalam compartment, apa yang membuatkan anda menganggap bahawa kru kabin itu berbeza daripada anda?

Tugas seorang kru kabin menerusi perkongsian tersebut adalah untuk memastikan keselamatan para penumpang terjamin sepanjang penerbangan mereka.

Di samping itu, mereka tidak boleh sesuka hati offload bagasi penumpang daripada compartment walaupun ia sudah melebihi muatan.

Dalam pada itu, posting tersebut berjaya menerima 11,700 ulang kicau dan 7,000 sukaan sehingga hari ini.

Rata-rata warganet memberi komen positif yang menyokong kru kabin berkenaan.

Artikel Lain Untuk Di Baca