Tanda-Tanda ‘Toxic Relationship’ Dalam Percintaan, Adakah Anda Salah Seorang Darinya?

Pernah dengar tentang istilah ‘toxic realtionship?’ Bagi setiap pasangan yang bercinta, pasti pada sesuatu masa ada pasang surutnya. Namun, sekiranya anda berada dalam ‘toxic relationship’, sebaiknya anda patut fikirkan semula keputusan anda untuk terus bersama dengan si dia.

Apa itu ‘Toxic Relationship?’

‘Toxic Relationship’ bermakna hubungan yang tidak mendatangkan kebaikan kepada diri anda. ‘Toxic Relationship’ jika dibiarkan mungkin boleh mendatangkan keburukan kepada kedua-dua pihak.

 

Foto: Google

 

Berikut merupakan tanda-tanda anda berada dalam ‘Toxic Relationship’:

  • anda sentiasa merasakan bahawa anda tidak cukup baik buat si dia
  • anda tidak boleh menjadi diri sendiri
  • pasangan sentiasa merendah-rendahkan diri anda
  • setiap kali bertengkar, pasangan anda sentiasa mahu menang
  • tiada ‘effort’ dari pasangan anda
  • pasangan sering memukul anda setiap kali bertengkar

 

Adakah anda mempunyai tanda-tanda di atas? Jika ya, sebaiknya anda fikirkan keputusan untk terus bersama dengan pasangan anda. ‘Toxic Relationship’ bukan sahaja akan merosakkan emosi anda malah dalam sesetengah kes, ada yang melibatkan kekasaran yang teruk berbentuk penderaan kepada pasangan masing-masing.

 

Foto: Google

 

Bagi ‘Toxic Relationship’, apa yang anda boleh lakukan ialah berbincang bersama pasangan anda mengenai masalah yang anda hadapi. Namun, jika pasangan anda masih tiada tanda-tanda ingin berubah, mungkin anda patut tinggalkan saja pasangan anda. Ingat, lebih segera anda angkat kaki, lebih cepat anda akan menemui hubungan yang lebih baik buat diri anda.

Klik pautan di sini untuk kenal pasti sama ada anda berada dalam ‘toxic relationship’ atau tidak.

Artikel Lain Untuk Di Baca