Tanda-Tanda Stres Yang Anda Perlu Tahu

Pastinya semua orang pernah mengalami stres dan tekanan, malah terdapat beberapa kes berakhir dengan kemurungan. Stres sebenarnya berpunca kerana kecelaruan emosi, psikologi dan juga mental. Bahkan, stres juga mampu untuk menurunkan tahap produktif dan boleh terjadinya gangguan mental.

Stres yang dibiarkan berlarutan pastinya akan memberi kesan terhadap kesihatan fizikal dan mental anda. Kalau dibiarkan, lama-kelamaan boleh berubah menjadi depresi yang tentunya merugikan anda. Jadi, anda harus tahu tanda-tanda jika anda mengalami stres supaya dapat ambil langkah yang terbaik untuk atasinya dengan segara.

Berikut merupakan beberapa tanda stres yang anda perlu tahu:

1. Sukar Untuk Fokus Dan Tumpukan Perhatian

Terlalu sibuk bekerja dan tidak sempat untuk rehat boleh menyebabkan anda mengalami stres. Tanda-tanda stres yang dapat terlihat adalah apabila anda susah untuk menumpukan perhatian terhadap sesuatu perkara. Anda juga mungkin sukar untuk mengingat perkara kecil walhal sebenarnya mudah untuk diingat. Jika stress ini berterusan, ia boleh menjadi penyebab penyakit alzheimer.

2. Sakit Kepala Berpanjangan

Jika kepala anda sering berdenyut denyut dan terasa seperti dihentam benda keras, perkara ini mampu menjadi tanda bahawa anda mengalami stres yang berpanjangan. Jika rasa sakit kepala tersebut hingga dapat membangunkan anda daripada tidur, seharusnya anda perlu berhati-hati kerana hal ini menjadi tanda masalah kesihatan yang serius. Apatah lagi jika sakit kepala itu disertai dengan gangguan tidur yang sering dialami.

3. Terus Menerus Mengalami Sakit

Tanda-tanda lain jika anda mengalami stres adalah anda terus menerus jatuh sakit seperti demam, batuk dan lain-lain. Hal ini bukan menandakan anda kurang sihat, tetapi daya tahan tubuh anda lemah kerana stres yang anda alami. Perkara ini boleh membuatkan anda terus menerus jatuh sakit bahkan dalam jangka waktu yang singkat.

4. Hilang Selera Makan

Sewaktu anda mengalami stres, sudah pasti ia akan mempengaruhi selera makan anda. Stres boleh menyebabkan nafsu makan berkurang sehingga membuat berat badan menjadi menurun dengan drastik. Apa sekalipun makanan yang terhidang depan mata, ia tidak membuat anda berselera untuk menjamahnya.

5. Perubahan Mood Yang Cepat

Terbukti stres mampu mempengaruhi emosi dan perasaan untuk menjadi tidak konsisten. Ada satu masa mungkin anda menangis, namun beberapa minit kemudian anda boleh ketawa terbahak-bahak dan ada kalanya anda marah secara tiba-tiba. Perubahan mood yang cepat ini tentunya akan memberi kesan negatif ketika anda bersosial dengan rakan-rakan atau orang sekeliling anda. Hal ini kerana anda tidak mampu untuk mengawal emosi anda dengan baik dek kerana stres yang anda alami.

6. Sakit-Sakit Sendi Atau Otot

Setelah seharian bekerja, tentu anda akan merasakan sakit di bahagian pinggang dan leher. Hal ini bukan rasa letih kerana bekerja sahaja, namun ia kerana stres yang anda alami. Dr. Colgan pernah menyatakan bahawa stress yang dialami mampu menimbulkan rasa tidak selesa sehingga membuat otot-otot dan sendi terasa sakit.

Jadi, jika anda mengalami beberapa tanda ini, anda harus mengambil inisiatif untuk atasinya supaya tidak menjadi lebih teruk pada masa akan datang.

Untuk baca artikel lain berkenaan stres, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca