Tanda Protes Terhadap Cukai, Ini Kisah Di Sebalik Lagu Kanak-Kanak ‘Baa, Baa, Black Sheep’

Lagu Baa, Baa, Black Sheep merupakan salah satu lagu yang dinyanyikan semasa zaman persekolahan tadika. Bait-bait lirik lagu ini tidak banyak berubah semenjak versi terawalnya dihasilkan iaitu pada tahun 1731.

Mungkin ramai yang tidak tahu, di sebalik lirik yang naif ini terdapat satu maksud tersirat yang gelap.

Seorang kurator British, Catherine Elwes berkata, lagu Baa, Baa, Black Sheep itu sebenarnya merupakan sebuah lagu protes terhadap cukai bulu kambing terlalu tinggi pada tahun 1275 yang dilaksanakan oleh Raja Edward I. Difahamkan, motif di sebalik cukai tersebut adalah untuk membiayai peperangan antara Scotland dan Perancis.

Lagu ini menyentuh sistem pengkelasan rakyat pada zaman itu yang memperihalkan soal pembahagian harta negara. Perkataan master di dalam lagu tersebut merujuk kepada Raja Edward I. Manalaka, dame pula ialah tuan tanah dan little boy who lives down the lane merupakan harta rakyat yang telah dibahagikan.

Selain itu, lagu Baa, Baa, Black Sheep turut digunakan oleh golongan anti penghambaan yang berlaku di England pada kurun ke-18. Malah, ia juga diguna pakai oleh kelompok sama yang menetap di Amerika Syarikat.

Pengunaan lagu ini pada zaman itu ditujukan khas pada era sebelum Perang Saudara yakni merujuk kepada penghambaan kaum Afrika di negara itu.

Pada mulanya, lagu Baa, Baa Black Sheep ini tidak mempunyai sebarang melodi sehinggalah pada tahun 1740.

Melodi sama yang masih dinyanyikan sehingga kini adalah berdasarkan satu lagu rakyat Perancis yang bertajuk Ah! vous dirai-je, maman.

Selain lagu Baa, Baa, Black Sheep, lagu ABC dan Twinkle-twinkle little star turut menggunakan melodi yang sama.

Kisah di sebalik lagu kanak-kanak ini dikongsikan seorang warganet yang memegang @PopPelangi di laman Twitter.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca