Tanda pagar #AmpunTuanku telah menjadi trending apabila warganet melancarkan kempen bagi ‘memujuk’ Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah agar mengaktifkan semula akaun Twitter rasminya iaitu @cheminahsayang.
Akaun milik Tuanku Permaisuri Agong itu telah dinyahaktif semalam dipercayai gara-gara mulut biadap segelintir pengguna laman itu.
Menerusi kempen tersebut, rata-rata warganet merayu agar Tuanku Permaisuri Agong yang memang cukup terkenal dengan sifatnya yang ramah dan berjiwa rakyat itu mengaktifkan semula akaun Twitter baginda.
Kempen itu menjadi tular dalam sekelip mata sahaja sehingga carian ‘Permaisuri Agong’ trending nombor satu disusuli dengan tanda pagar #AmpunTuanku di tangga ketiga.
Berikut kami kongsikan beberapa tweet daripada warganet yang menzahirkan sokongan dan mahu baginda kembali aktif di laman itu:
I'll be waiting for the return of @cheminahsayang#AmpunTuanku pic.twitter.com/7cJgML6RRA
— Ju (@pookiekau) September 12, 2019
Kau tahu tak lately ni aku rasa antara penyeri dekat twitter ni adalah dengan kehadiran Tunku Azizah. TMJ tunjuk kuasa dan kebesaran darjat korang marah, Tunku Azizah humble and friendly korang bitter. Lepas ni tengok je lah screenshot break up maybe tu je kot level taste kau. pic.twitter.com/vcJLchHRFi
— Kiff (@iffgone) September 11, 2019
https://twitter.com/imSyanim/status/1171837317914361856?s=20
No.. Please comeback! Macam dah takde penyeri bila bukak Twitter. We miss you. 😣
Kenapa korang ni busuk hati sangat. Tak suka takyah la follow. Sibuk je nak follow. Lepas tu hina orang. Tak belajar hormat orang ke? 😩#AmpunTuanku#permaisuriagong pic.twitter.com/XFAhcegwec
— Ordinary Me (@Sri_Mawar28) September 12, 2019