Tanam Wanita Bogel Hingga Paras Pinggang Sebelum Dibunuh, Ini Kisah Dukun Suradji Si Pengamal Ilmu Hitam

Perkongsian pada kali ini mengisahkan seorang dukun terkenal dari negara seberang iaitu Ahmad Suradji. Namanya sahaja mungkin kedengaran asing kepada pembaca sekalian.

Namun, tahukah anda, perbuatan Ahmad Suradji suatu ketika dahulu sudah cukup menggemparkan seisi dunia. Ini kerana, gelaran dukun yang dimilikinya bukan sahaja menggambarkan perlakuan membantu pesakit yang berkehendak ingin berubat. Sebaliknya, dia telah membunuh sebanyak 42 mangsa.

Profil Ahmad Suradji

Ahmad Suradji atau nama asalnya, Nasib dilahirkan pada 10 Januari 1949 di Medan, Indonesia. Difahamkan bahawa Suradji telah lama mempelajari ilmu hitam sejak berusia 12 tahun lagi. Ini kerana, bapanya merupakan seorang dukun di kampung kediamannya.

Kehidupan peribadi Ahmad Suradji juga mencetuskan pelbagai kontroversi. Dia telah berkahwin dengan tiga orang isteri iaitu Tumini, Tuminah dan Ngatiyah. Lebih menghairankan adalah apabila ketiga-tiga wanita itu ternyata bersaudara.

Walau bagaimanapun, sewaktu menjangkau usia 20 tahun, Suradji menjadi semakin serius untuk mendalami ilmu kedukunan. Sehinggakan sewaktu berumur 36 tahun, pelaku mendakwa bahawa dia pernah bermimpi didatangi oleh arwah bapanya.

Ia seolah-olah petunjuk yang mengarahkannya supaya membunuh seramai 70 orang wanita dan meminum air liur mereka sebagai cara untuk menyempurnakan ilmu hitamnya. Semenjak peristiwa itu, Suradji mula menjadi pembunuh bersiri.

Cara pembunuhan mangsa

Disebabkan Suradji terkenal sebagai dukun hebat oleh masyarakat setempat, maka dia tidak perlu bersusah payah mencari mangsa. Kebanyakan pelanggan yang menemui Suradji untuk mendapatkan bantuan daripadanya adalah wanita.

Hal ini kerana, ramai di antara golongan wanita percaya bahawa Suradji mampu membantu mereka supaya kelihatan lebih sihat, cantik, kaya dan sebagainya.

Lokasi mangsa dibunuh dan ditanam oleh Ahmad suradji.

Namun demikian, sebelum bertindak membunuh pelanggannya, dia akan mengaut keuntungan terlebih dahulu dengan mengenakan bayaran antara RM1,000-1,200. Setelah itu, dia akan membawa mangsa ke ladang tebu berhampiran kawasan rumahnya.

Kemudian, dia akan menanam mangsa sehingga paras pinggang dalam keadaan berbogel lalu mencekik mangsa menggunakan wayar sehingga tewas. Air liur yang merembes keluar dari mulut mangsa akan ditadah dan disimpan dalam satu bekas sebagai minumannya. Tidak cukup dengan itu, bahagian wajah kesemua mangsanya akan dihadapkan ke arah rumah agar ilmu hitamnya semakin kuat.

Sekiranya dia tidak didatangi oleh mana-mana wanita untuk menjadi pelanggan ilmu kedukunannya, Suradji akan keluar mencari pelacur untuk dijadikan sebagai mangsanya.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua

Pembunuhan yang dijalankan oleh Suradji selama 11 tahun ini akhirnya menemui titik noktah apabila mayat seorang gadis ditemukan oleh penduduk setempat. Memandangkan mangsa baru sahaja tiga hari dibunuh, identiti dan rupa mayat masih boleh dikenal pasti oleh pihak berkuasa.

Menurut pihak berkuasa, gadis tersebut dikenali sebagai Sri Kemala Dewi yang berusia 21 tahun. Penemuan mayat gadis berkenaan seterusnya membawa kepada pembongkaran dalang di sebalik kejadian yang berlaku.

Lakonan semula cara pembunuhan yang dilakukan oleh Ahmad Suradji.

Ini kerana, mangsa pernah meminta seorang penarik beca untuk membawanya ke rumah Suradji dan berpesan untuk merahsiakan perkara itu. Menyedari berita penemuan mayat gadis ini, penarik beca bernama Andreas segera memaklumkan pihak polis bahawa dia pernah menghantar Dewi ke rumah Suradji.

Kedatangan pihak berkuasa ke kediaman Suradji pada awalnya tidak menemukan sebarang kemusykilan atau pengakuan daripada dukun itu. Namun, setelah pihak polis menggeledah rumahnya, terdapat banyak barangan milik Dewi dan mangsa-mangsa lain ditemukan.

Perbicaraan ke atas Ahmad Suradji bermula pada 21 Disember 1997. Ahmad Suradji akhirnya disabitkan bersalah pada tahun 1998 oleh pihak mahkamah kerana melakukan pembunuhan paling kejam di Indonesia. Mahkamah memutuskan untuk menjatuhkan hukuman mati terhadap pelaku.

Kehidupan terakhir Ahmad Suradji

Sebelum menjalani hukuman mati, Ahmad Suradji dipenjarakan selama 10 tahun. Sepanjang terkurung di dalam tempat tersebut, dia dikhabarkan telah bertaubat dan mendalami ilmu agama. Pada 10 Julai 2008, Suradji akhirnya dihukum bunuh oleh pasukan penembak. Demikian berakhirlah kisah Pembunuh Bersiri Ilmu Hitam di Indonesia.

Kisah pembunuhan bersiri ini secara tidak langsung mengingatkan penulis tentang sebuah buku yang bertajuk Mani: Wanita Kebaya Kuning. Novel terbitan Lejen Press ini merupakan karya yang dihasilkan oleh penulis Syafie Mahyani.

Meskipun motif pembunuhan yang dilakukan oleh Dukun Suradji dengan watak pembunuh di dalam novel Mani: Wanita Kebaya Kuning adalah berbeza, namun kedua-duanya memiliki cara pembunuhan yang hampir serupa.

Sebagaimana yang diceritakan mengenai kisah Suradji, watak pembunuh di dalam novel ini iaitu Dr. Albert dikehendaki membunuh seramai 60 mangsa untuk menghidupkan kembali roh isteri dan anaknya yang telah mati. Berdasarkan ilmu yang dituntut, Dr. Albert harus mengumpul 60 air mani, buah dada dan kemaluan wanita suci.

Adakah Dr. Albert berjaya membunuh kesemua mangsa tersebut? Siapakah wanita yang berkebaya kuning? Dan apakah kaitannya dengan misi pembunuhan Dr. Albert?

Jadi, jangan lepaskan peluang ini untuk terokai kisah pembunuhan Dr. Albert!

Novel ini telah menerima 3.24 bintang daripada Goodreads dan kebanyakan tinggalan komen terhadap buku ini adalah positif. Untuk mengetahui kisah pembunuhan dalam Mani: Wanita Kebaya Kuning, anda boleh dapatkan buku ini menerusi laman web www.lejen.my dan juga di I Am Lejen Shop yang terletak di SS15, Subang Jaya.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca