Penyanyi Do What I Want, Lil Uzi Vert telah menghabiskan hampir $24 juta (RM97,764,000) untuk mempamerkan berlian merah jambu dekat dahinya.
Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Lil Uzi Vert atau nama sebenarnya Symere Bysil Woods menunjukkan berlian yang ditatahkan di bahagian dahinya kepada orang ramai. Penyanyi tersebut memuat naik sebuah video ke laman Instagram beliau berserta kapsyen, “Kecantikan adalah kesakitan.”
Memetik laporan Page Six Style, Symere menjelaskan bahawa dia telah menghabiskan empat tahun terakhir untuk membayar permata antara 10 dan 11 karat berkenaan secara ansuran.
I’ve been paying for a natural pink diamond from Elliot for years now . This one Stone cost so much I’ve been paying for it since 2017. That was the first time I saw a real natural pink diamond. ♦️ A lot of M’s in my face 🤫 💰 💰💰💰💰💰💰💰💰💰💰💰💰💰💰💰💰💰💰💰💰💰💰💰
— Uzi London 🌎☄️💕® (@LILUZIVERT) January 30, 2021
Apabila salah seorang peminat berkata bahawa berlian tersebut lebih baik dijadikan sebagai cincin, penyanyi berkenaan membalaskomen tersebut dengan menjelaskan bahawa dia lebih selesa permata tersebut diletakkan di dahi.

Sekiranya berlian tersebut hilang, dia sudah melindunginya dengan insurans. Namun, apa yang berjaya mencuri perhatian orang ramai ialah penyanyi tersebut kini disamakan dengan watak Vision di dalam filem Marvel.

Menerusi sebuah adegan dalam filem Avengers: Infinity War 2018, Thanos telah bertindak menamatkan riwayat Vision dengan merobek Batu Minda dekat dahi adiwira berkenaan.
Dalam pada itu, tinjauan kami di laman Twitter mendapati ada juga yang meminta penyanyi berkenaan berhati-hati kerana dia sekarang sudah menjadi sasaran watak antagonis dalam filem Marvel tersebut:
this is how ima pull up on lil uzi when he gets that diamond on his forehead pic.twitter.com/satDm9mKS1
— 𝓖𝓲𝓸 (@woahgio_) February 3, 2021
Did anyone else think vision when y’all saw lil uzi verts diamond or was it just me pic.twitter.com/F3vu41oPOH
— Abigail Goodheart (@AbsRose1) February 5, 2021
Just lmao. People are literally starving and you are getting a fucking diamond implanted on your face.
— Thrender Grone (@ThrenderG) February 5, 2021
“A fool and his money are soon parted.”
Lol
this is how ima pull up on lil uzi when he gets that diamond on his forehead pic.twitter.com/satDm9mKS1
— 𝓖𝓲𝓸 (@woahgio_) February 3, 2021
Me when I find lil uzi and his $24M forehead diamond pic.twitter.com/E4pqIv9LVO
— ElectroTM (@ElectroTM_RBX) February 4, 2021
Sementara itu, tindakan penyanyi rap tersebut telah menerima pelbagai reaksi daripada orang ramai. Ini kerana masyarakat di seluruh dunia kini berada dalam fasa ekonomi yang sangat teruk dengan ramai orang yang dibuang kerja. Jadi, mereka menganggap tindakan lelaki itu untuk menanam berlian pada dahi sebagai merugikan. Apa pendapat anda?
Untuk baca artikel-artikel berkaitan industri hiburan antarabangsa, anda boleh klik pada pautan di bawah: