Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin sah menjadi perdana menteri kelapan Malaysia.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah perkenan pelantikan Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri kelapan Malaysia menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Datuk Pengelola Bidaya Diraja Istana Diraja sebentar tadi.
Dalam pada itu, Dato’ Ahmad Fadil Shamsuddin turut berkata bahawa Muhyiddin Yassin akan mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan Malaysia pada jam 10.30 pagi esok (1 Mac 2020) di Istana Negara.
Agong turut bertitah bahawa pelantikan Muhyiddin Yassin adalah keputusan yang terbaik untuk semua.
Baginda turut menzahirkan penghargaan dan terima kasih kepada rakyat dan semua pihak yang terlibat khususnya agensi-agensi kerajaan, keselamatan dan pihak media.

TERKINI | Agong perkenan lantik Muhyiddin PM ke-8 pic.twitter.com/k1Clfo5t7X
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) February 29, 2020
Peletakan jawatan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri Malaysia pada Isnin lalu telah menggemparkan seluruh negara.
Walau bagaimanapun, Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Dr. Mahathir sebagai perdana menteri interim (sementara) pada hari yang sama.
Untuk baca lebih banyak artikel lain berkenaan kemelut politik negara, anda boleh klik pada pautan di bawah: