Tampil Mewah Dan Bergaya, Wanita Ini ‘Kantoi’ Curi Pakaian Bernilai Ribuan Ringgit

Seorang wanita berusia 28 tahun telah ditahan pihak polis selepas beliau disyaki cuba mencuri 21 helai pakaian di sebuah kompleks beli-belah di Bangsar, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, cubaan wanita terbabit gagal selepas ia disedari oleh pekerja butik tersebut.

Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Brickfields iaitu Asisten Komisioner Zairulnizam Mohd Zainuddin @ Hilmi berkata pihaknya telah menerima maklumat daripada penyelia butik berkenaan mengenai kejadian tersebut pada 6.30 petang.

“Penyelia terbabit melihat suspek dalam keadaan mencurigakan ketika dia sedang membuat pemantauan di butik. Suspek dilihat mengisi beberapa pakaian ke dalam beg butik.

Selepas itu, suspek kemudiannya keluar dari premis tersebut tanpa membuat pembayaran menyebabkan penggera di pintu keluar berbunyi. Apabila pemeriksaan dilakukan, suspek gagal mengemukakan resit pembelian.

Susulan daripada kejadian tersebut, pihak pengurusan butik menahan wanita berkenaan bagi diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan lanjut,” ujarnya.

Sumber: The Vocket

Sementara itu, Zairulnizam berkata pihaknya turut merampas 21 pakaian dianggarkan bernilai RM4,310 yang cuba dicuri suspek berusia 28 tahun berkenaan untuk siasatan lanjut.

“Suspek direman selama dua hari bermula hari ini (Ahad) untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan,” jelasnya.

Pada pendapat anda, adakah suspek bakal menerima hukuman yang setimpal dengan tindakan beliau mencuri pakaian berkenaan?

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca