Lip matte atau lipstick matte tidak asing lagi dari setiap wanita di luar sana. Selain mampu memberikan kesan warna matte di bibir, mendapatkan lip matte yang terbaik juga merupakan suatu yang penting bagi semua wanita.
Bibir yang sihat dan cantik memainkan peranan penting untuk meningkatkan keyakinan yang tinggi selain merupakan aset ketika berkomunikasi dengan orang lain.
Anda pasti tidak mahu ditegur rakan-rakan tentang bibir anda yang kelihatan pucat dan tidak sihat. Jadi, salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan mencari lip matte yang sesuai dipakai untuk bibir anda.
Bagi memudahkan anda mencari lip matte untuk bibir menjadi lebih menyerlah, berikut kami kongsikan lima jenama lip matte yang anda kena cuba:
1. Lueur Lip Matte

Kenapa Lip Matte keluaran Lueur Cosmetics berada di ranking pertama? Lip matte ini adalah pilihan yang terbaik untuk anda yang menginginkan bibir menawan lagi sihat. Formula lip matte dari Lueur ini mengandungi vitamin E yang mampu memberikan kelembapan pada bibir anda sepanjang hari.

Hasil dari percubaan kami menggunakan Lip Matte Lueur selama satu minggu, ia bukan sahaja melembapkan bibir yang sensitif, tetapi turut mempunyai tekstur yang ringan dan lembut pada bibir. Bibir anda akan berasa selesa sepanjang masa.
Selain membuatkan bibir anda terasa sangat ringan semasa menggunakan lip matte ini, berbeza dengan lip matte jenama lain, Lueur Lip Matte ini tidak melekit pada bibir, tahan lama dan kalis air.

Satu layer sudah cukup untuk membuatkan bibir anda menyerlah dengan kelembapan maksima. Datang dengan saiz yang kecil dan ringan, anda boleh selitkan Lueur Lip Matte ke dalam tas tangan anda dan sangat praktikal untuk dipakai di mana sahaja anda berada.

Lip matte dari Lueur adalah pilihan nombor satu kami dari team Lejen Digital untuk anda yang ingin tampil jelita dengan bibir yang lebih menyerlah dan lembap sepanjang masa.
Terdapat dalam 4 warna yang elegan iaitu Ange, Bisou, Chaleur, Citrouille.

Jika anda lebih sukakan wajah nampak natural, Citrouille dan Ange adalah pilihan ideal untuk anda. Manakala Bisou dan Chaleur pula memberikan wajah tampil anggun lagi menawan.
2 batang Lip Matte Lueur kini ditawarkan dengan harga promosi RM60 di SINI.
Untuk yang berada di Lembah Klang, pilihan penghantaran adalah secara kurier yang mengambil masa 2-3 hari bekerja atau penghantaran pada hari yang sama menggunakan servis Lalamove atau Mr. Speedy.
Manakala, penghantaran ke luar Lembah Klang pula hanya akan dibuat secara kurier. Dalam masa 2-3 hari bekerja lip matte anda akan sampai di depan pintu rumah anda.
Inginkan bibir tampil lebih menarik membuatkan semua orang tergoda? Lip matte Lueur Cosmetics adalah cadangan kami yang nombor satu untuk anda yang mempunyai masalah ini.
LIKE dan FOLLOW account Lueur Cosmetics di Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut.
2. Anas Liquid Lipstick

Lip matte seterusnya dalam senarai ini adalah koleksi pertama ANAS Liquid Lipstick. Ia mampu memberikan anda hasil matte yang menyerlah. Teksturnya yang lembut menjadikan bibir anda kelihatan lembap dan selesa dengan ketahanan yang lebih lama. Lip matte ini mudah untuk digunakan dan ia sesuai untuk dipakai ke mana-mana acara.
Terdapat 14 warna yang menarik untuk disuaikan dengan apa jua tema solekan. Baik anda pakai untuk pergi bekerja mahupun pergi ke majlis perkahwinan atau pergi membeli-belah bersama rakan-rakan, lip matte ini sesuai untuk anda.
3. Wardah Exclusive Matte Lip Cream

Mempunyai tekstur baldu berkrim dengan hanya satu sapuan, Wardah Exclusive Matte Lip Cream berada dalam senarai ketiga pilihan kami. Ia sesuai untuk anda yang mempunyai bibir yang sensitif. Ringan dan lembut pada bibir, ia juga melembapkan bibir anda dan menghasilkan warna yang menawan. Warna yang chic hasil dari lip cream ini membuatkan anda kelihatan comel dengan apa jua pakaian yang anda pakai.
4. Maybelline Superstay Matte Ink

Maybelline Superstay Matte Ink juga terbaik untuk bibir sensitif. Bukan sahaja mempunyai pigmentasi yang tinggi yang membuatkan bibir anda lebih menonjol, ia juga membantu melembapkan bibir anda. Bagi anda yang sukakan warna lip matte yang nampak natural, lip matte ini sesuai untuk anda.
5. Innisfree Real Fit Matte Lipstick

Mempunyai tekstur yang lembut, Innisfree Real Fit Matte Lipstick ini berada di ranking nombor lima senarai lip matte pilihan untuk bibir yang kelihatan lebih menonjol. Ia mampu memberikan hasil matte yang ringan tanpa merosakkan bibir anda Terdapat dalam 10 warna yang trendy, lip matte ini sesuai untuk solekan vibrant dan tahan lama.
Jadi, lima jenama lip matte di atas adalah lima pilihan ideal untuk bibir tampil lebih menyerlah.
Lip matte dari Lueur Cosmetics ini menjadi pilihan utama kami atas lima kelebihan berikut:
- Kandungan vitamin E yang merupakan elemen penting bagi memberi kelembapan pada bibir sepanjang hari.
- Memang terbukti dengan satu coletan boleh membuatkan bibir anda menyerlah.
- Datang dengan saiz kecil dan ringan yang sangat mudah dibawa ke mana-mana sahaja.
- Mempunyai tekstur matte yang tidak melekit pada bibir, tahan lama dan kalis air.
- Proses pembelian yang sangat mudah untuk pengguna, di mana anda hanya perlu membuat pilihan di platform Maynuu dan terus buat pembayaran di situ.
Cara untuk membeli Lueur Lip Matte ini adalah sangatlah mudah. Dengan hanya satu klik di pautan, anda hanya perlu pilih warna pilihan, tekan ‘Add to Cart’.
Selepas itu, anda akan nampak satu column yang dilabel ‘(jumlah) item’. Anda akan dipaparkan pilihan yang telah dipilih dan jika sudah berpuas hati dengan barang anda, anda boleh terus klik ke ‘checkout’.
Sebaik sahaja anda checkout, anda akan diberi pilihan untuk memilih tarikh dan masa yang diingini. Nak dapatkan lip matte pada hari ini? Boleh sahaja.

Anda boleh dapatkan promosi 2 Lueur Lip Matte pada harga RM60 di SINI.
Untuk membaca lebih banyak artikel lain, klik pautan di bawah: