Tampil Berani Dengan Penampilan Baharu, Ozil Dedah Punca Warnakan Rambut Jadi Blonde

Spekulasi berkenaan perpindahan pemain bintang Arsenal iaitu Mesut Ozil ke Fenerbahce semakin hangat diperkatakan dari hari ke hari. Namun begitu, penampilan terkini pemain tengah itu yang tampil dengan rambut berwarna blonde secara tidak langsung menenggelamkan berita panas tersebut buat seketika.

Ozil yang merupakan pemain kebangsaan German itu akhirnya membongkarkan kisah di sebalik tindakannya mewarnakan rambut. Dia menyalahkan rakan sepasukannya iaitu Alexandre Lacazette sebagai punca penampilannya berubah 180 darjah.

Rupanya, Ozil terpaksa mewarnakan rambutnya gara-gara kalah dalam pertaruhan dengan Laca.

“Saya kalah pertaruhan. Atau lebih tepat, kami kalah pertaruhan dengan Laca. Saya, Sead (Kolasinac) dan Shkordan Mustafi, jadi kami semua kalah,” katanya.

Pierre-Emerick Aubameyang turut menyakat penampilan terbaharu Ozil di mana dia membandingkannya dengan pemain bola sepak wanita Amerika Syarikat iaitu Megan Rapinoe.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca