Tampar Chris Rock Di Anugerah Akademi, Will Smith Tampil Mohon Maaf

Will Smith tampil membuat permohonan maaf secara terbuka selepas menampar wajah Chris Rock ketika Anugerah Akademi (Oscars) ke-94 berlangsung semalam.

Menerusi hantaran di laman Instagram, Will berkata keganasan dalam semua bentuknya adalah beracun dan merosakkan.

Sumber: Instagram @willsmith

Will berkata, “Tindakan saya di Anugerah Akademi semalam tidak boleh diterima dan tidak boleh dimaafkan. Gurauan terhadap saya adalah sebahagian daripada kerja tetapi jenaka tentang keadaan kesihatan Jada terlampau berat untuk saya tanggung dan saya bertindak balas secara emosi.

Saya mahu minta maaf secara umum kepada kamu, Chris. Saya bertindak di luar batasan dan saya salah. Saya sangat malu dan tindakan saya tidak menggambarkan individu yang ingin saya jadi. Tiada tempat untuk keganasan di dalam dunia yang penuh dengan kasih sayang dan kebaikan.”

Sumber: Instagram @willsmith

Will turut meminta maaf kepada Anugerah Akademi dan para penganjur, semua rakan finalis serta penonton-penonton yang menonton rancangan ini di seluruh dunia.

“Saya juga mahu memohon maaf kepada keluarga Williams dan keluarga King Richard. Saya betul-betul kesal yang tindakan saya semalam telah mencemarkan apa yang sepatutnya menjadi perjalanan indah untuk kita semua. I am a work in progress,” tambahnya.

Will Smith telah bertindak menampar Chris Rock di pentas Anugerah Akademi ke-94 yang berlangsung semalam kerana mahu mempertahankan maruah isterinya iaitu Jada Pinkett.

Sumber: CBC

Aktor itu dikatakan tidak dapat menahan marah apabila Chris menjadikan isterinya sebagai bahan jenaka ketika menjadi hos acara tersebut yang disaksikan oleh jutaan penonton di seluruh dunia.

Punca insiden itu difahamkan bermula apabila Chris menyentuh nama Jada dan berjenaka mengenai kepalanya yang botak selain cuba mengandaikan wanita tersebut dengan filem ‘rekaannya’ iaitu GI Jane 2.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca