Tamatkan Kemarau 43 Tahun, Malaysia Berjaya Layak Ke Piala Asia 2023

Sumpahan 43 tahun akhirnya terlerai apabila skuad Harimau Malaya mengesahkan slot ke Piala Asia 2023 selepas Asia selepas menumpaskan Bangladesh dengan keputusan 4-1.

Keempat-empat gol pasukan negara malam tadi masing-masing dijaringkan Muhammad Safawi Rasid, Dion Cools, Muhammad Syafiq Ahmad dan pemain gantian Darren Lok.

Dalam aksi terakhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, kemenangan tersebut menjadikan Malaysia berjaya mengumpul enam mata sekali gus muncul antara lima naib juara terbaik yang layak ke kejohanan yang akan diadakan pada tahun hadapan.

Malaysia bakal berentap bersama 23 pasukan terbaik benua ini yang difahamkan bakal berlangsung sama ada di Qatar, Korea Selatan atau Australia, pada pertengahan tahun depan.

Untuk rekod, kali terakhir skuad negara beraksi di pentas tertinggi itu adalah pada 1980 di Kuwait selepas melepasi peringkat kelayakan secara merit.

Meskipun pada tahun 2007 Malaysia pernah berentap atas tiket tuan rumah kejohanan bersama Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Sumber: Astro Awani

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang turut hadir menyaksikan perlawanan itu turut memberikan kata-kata semangat apabila Malaysia menjaringkan gol.

Perdana Menteri turut menyifatkan persembahan skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon pada malam tadi sangat baik dan membanggakan.

Sementara itu, Perdana Menteri ketika ditemui pemberita di stadium selepas perlawanan tersebut melahirkan rasa syukur dengan kemenangan Harimau Malaya pada malam tadi.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca