Taman Tema Dan ‘Ferris Wheel’ Bakal Dibina Di Melaka

Terbaru difahamkan sebuah taman tema terbesar di Malaysia dijangka bakal menjadi satu tarikan baharu di Negeri Melaka, Klebang yang dilengkapi dengan sebuah gondola (ferris wheel).

Memetik kenyataan dari Melaka Hari Ini, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Warisan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Muhammad Jailani Khamis berkata, projek yang bernilai RM600 juta ini merupakan pelaburan daripada syarikat swasta yang kini hanya menunggu kelulusan.

Sumber: Melaka Hari Ini

Jelasnya lagi, taman tema ini bukan sahaja menjadi lokasi berlibur buat seisi keluarga, bahkan ia juga merupakan satu hiburan dan pembelajaran yang sesuai buat segenap lapisan masyarakat.

Sumber: Wikipedia

“Mengikut perancangan, bakal terdapat satu gendola yang mungkin terbesar di Asia Tenggara selain turut dilengkapi projek underwaterworld, kapal selam, dan peralatan tentera perang.

“Selain taman tema, Melaka juga bakal memperkenalkan pakej kapal persiaran untuk membolehkan pengunjung bersiar-siar dan menjamu selera di tengah lautan,” jelas Muhammad Jailani.

Difahamkan kapal tersebut juga turut akan membawa pengunjung bersiar-siar di ke semua sembilan buah pulau yang ada di Melaka, selain terdapat pelbagai aktiviti menarik yang lain disediakan.

“Sekiranya dilulus pada hujung bulan ini, kita akan mempunyai semua itu dengan jumlah RM600 juta, ia bakal menjadi satu taman tema yang memang bernilai untuk menarik kehadiran pelancong,” sambungnya lagi.

Untuk membaca artikel berkaitan, klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca