Sejak pengumuman kebenaran rentas negeri diumumkan, sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk bercuti dan pulang ke kampung. Cameron Highlands merupakan salah satu destinasi kunjungan yang tidak asing lagi buat rakyat Malaysia untuk menikmati keindahan alam semula jadi.
Untuk pengetahuan anda, terdapat sebuah taman bunga yang dikenali sebagai Flora Park Cameron Highlands bakal dibuka pada 1 November 2021 ini. Walaupun masih belum dibuka, tetapi ia sudah menjadi bualan ramai di media sosial.
Keterujaan ramai orang apabila melihat beberapa keping gambar yang telah dikongsikan pada laman rasmi Instagram taman bunga ini membuatkan mereka tidak sabar untuk pergi ke sana.
Kawasan taman tersebut dipenuhi dengan pelbagai jenis bunga-bungaan yang begitu cantik seakan berada di Korea. Sudah pasti banyak sudut menarik untuk anda bergambar di sekitar taman bunga ini.

Bukan itu sahaja, malah tempat ini juga menyediakan kawasan berkelah khas buat mereka yang datang ke sini. Pihak Flora Park turut menawarkan beberapa pakej variasi set berkelah berserta pelbagai makanan.
Pengunjung dapat menjamu makanan sambil melihat keindahan alam semula jadi bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Tempat tarikan ini bersesuaian dengan susana dingin di Cameron Highlands.
Jadi pada sesiapa yang merancang untuk ke Cameron Highlands pada bulan Novermber ini, jangan lepaskan peluang anda untuk singgah ke Flora Park.
Sementara itu, kami kongsikan beberapa tempat menarik lain di Malaysia. Anda boleh klik pada pautan di bawah: