Takutkan Pantulan Diri Sendiri Di Cermin, Ini 5 Fobia Yang Kedengaran Aneh

Ketakutan dan fobia hampir didefinisikan sama tetapi sebenarnya tidak. Fobia adalah dua atau tiga kali ganda daripada ketakutan biasa yang dihadapi manusia lain. Fobia boleh menyebabkan kadar denyutan jantung seseorang itu berdegup dengan sangat laju, nafas tersekat-sekat dan ketidakselesaan di bahagian abdomen badan.

Justeru, di bawah adalah lima jenis ketakutan melampau yang agak aneh.

1. Catoptrophobia

Fobia ini adalah ketakutan terhadap cermin atau pantulan wajah sendiri di cermin. Ini mungkin terjadi disebabkan tragedi yang pernah menimpa seseorang itu yang melibatkan cermin. Mereka ini selalunya terbayangkan diri hantu di belakang ketika melihat cermin atau keyakinan diri yang sangat rendah terhadap fizikal diri.

2. Triskaidekaphobia

Triskaidekaphobia adalah ketakutan yang berterusan dan tidak rasional terhadap nombor 13. Nombor 13 selalu dikaitkan dengan entiti negatif dan jahat. Bagi penganut agama Kristian, mereka percaya dengan kisah Jesus mengikuti makan malam bersama 13 tetamu dan 13 tetamu ini yang telah mengkhianati Jesus hingga disalib. Mereka yang mempunyai Triskaidekaphobia dipanggil Triskaidekaphobes. Mereka cenderung berfikiran sangat negatif terhadap nombor ini.

3. Somniphobia

Sebagai manusia biasa, kita perlukan tidur selepas penat melakukan aktiviti seharian. Namun lain pula dengan individu yang mempunyai fobia ini iaitu takut terhadap tidur. Pelik, bukan? Individu ini terlalu bimbang akan mimpi buruk yang bakal mereka alami, takut jika mereka berjalan sambil tidur atau risau jika orang yang telah meninggal memanggil nama mereka setelah mereka tidur.

4. Telephonophobia

Kedengaran aneh tetapi terdapat kebanyakan daripada kita yang terlalu takut untuk bercakap melalui telefon. Mereka akan sedaya upaya mengelak untuk bercakap di telefon dan lebih suka menghantar mesej atau e-mel sahaja kepada kenalan mereka. Jika sesuatu kerja itu memerlukan percakapan di telefon bimbit, belum bercakap tetapi baru terfikir sudah cukup untuk mereka diserang panik. Telephonophobia ialah salah satu fobia yang umum terhadap sosial manusia. Mereka ini mungkin pernah mengalami penipuan atau gurauan kasar melalui telefon bimbit pada masa silam mereka.

5. Agoraphobia

Fobia ini adalah ketakutan terhadap tempat yang terbuka atau tempat awam. Mereka lebih selesa berada di dalam rumah. Jika mereka di tempat yang sesak, mereka akan berasa pening serta takut kerana terlalu berfikir yang mereka tidak akan sempat mencari tandas untuk membuang loya di tekak mereka. Fobia ini disebabkan oleh penderaan semasa kecil, penceraian, perang atau gempa bumi.

Fobia adalah disebabkan kawalan minda yang tidak dapat dikawal oleh sesetengah individu disebabkan ketakutan yang melampau. Mereka terlalu takut akan sesuatu sehingga menyebabkan kesakitan fizikal seperti berpeluh-peluh atau muntah. Pesakit yang menghidap fobia-fobia ini mempunyai harapan tinggi untuk sembuh jika mereka berani untuk berjumpa dengan doktor psikiatri.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca