Takut Membesar Jadi Pendera Wanita, Ibu Ini Tergamak Ambil Nyawa Anak Sendiri

Seorang wanita berpangkat ibu dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup selepas didapati bersalah membunuh tiga orang anak lelakinya. Motif sebenar pembunuhan dipercayai berpunca daripada sifat cemburu terhadap perhatian yang diterima kanak-kanak berkenaan oleh suaminya.

Brittany Pilkington, 27, mengaku telah membunuh anak-anaknya, Noah, Gavin dan Nial dalam beberapa kejadian berasingan antara tahun 2014 sehingga tahun 2015.

Difahamkan, mayat Noah yang baru berusia tiga bulan ditemui pada Ogos 2015 di dalam unit pangsapuri Brittany dan suaminya di Belledontaine, barat Ohio. Dua anak Brittany yang lain, Gavin, 4, dan Niall masing-masing sudah meninggal dunia pada April 2015 dan Julai 2014.

Walau bagaimanapun, Brittany hanya ditahan polis setelah mereka menjumpai mayat Noah pada tahun 2015.

Semasa sesi soal siasat, wanita berkenaan berkata dia membunuh anak-anaknya kerana bimbang mereka akan membesar menjadi pendera kaum wanita.

Siasatan terperinci terhadap latar belakang wanita terbabit mendedahkan suaminya, Joseph Pilkington, 47, sebenarnya pernah merogol Brittany ketika dia masih dibawah umur.

Menurut sumber Toofab.com, Joseph sebenarnya merupakan teman lelaki kepada ibu Brittany. Namun begitu, lelaki berkenaan telah merogol Brittany sehingga menyebabkan gadis itu hamil ketika berusia 17 tahun. Kedua-dua mereka kemudiannya segera berkahwin selepas itu.

Meskipun dengan pendedahan kisah tragis itu, Brittany tetap dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa parol kerana bimbang dia akan mengulangi perbuatannya semula.

Bagi Joseph pula, dia dituduh atas kesalahan merogol isterinya ketika mangsa masih dibawah umur.

Artikel Lain Untuk Di Baca