Takut Ke Tu, Oyen? Raja Rimba Ini Panjat Pokok Lari Dari Amukan Kerbau

Raja Rimba Lari Dari Kerbau

Raja Rimba ini bertindak memanjat sebatang pokok di Masai Mara, Kenya apabila dirinya pula dikejar sekumpulan kerbau yang diburunya sebelum itu.

Dalam anggaran lima ekor singa yang dipanggil ‘Black Rock Boys’ telah mengekori kawanan kerbau yang lebih dari 500 ekor.

Kemudian, empat daripadanya menghampiri gerombolan tersebut dalam cubaan untuk mencari mangsa yang lemah untuk dibunuh.

Black Rock Boys | Sumber: The Sun

Namun, strategi itu tidak menjadi apabila beberapa ekor kerbau sedar akan kehadiran mereka lalu mengamuk dan mengejar singa-singa tersebut.

Dalam keadaan terdesak, sekumpulan singa itu berpecah dan salah satu daripadanya telah berlari dan memanjat sebatang pokok berdekatan.

Singa terbabit kemudian berlindung di atas pokok itu selama beberapa jam sehingga kawanan kerbau berkenaan beredar dari lokasi kejadian.

Sumber: daily mail

Gambar lucu Raja Rimba berkenaan yang cuba berlindung di dahan pokok telah ditangkap oleh Olav Thokle, 54, dari Norway.

“Tiba-tiba sekumpulan kerbau berkenaan menyedari kehadiran singa-singa itu. Kerbau-kerbau yang paling kuat terus menyerbu ke arah mereka.

Tiga daripada empat singa tersebut berjaya melarikan diri dengan cepat namun yang keempat telah dikelilingi oleh kerbau-kerbau yang mengamuk.

Ia kemudian nampak sebatang pohon sepi di savana ini dan memanjatnya untuk berlindung dari kerbau-berbau besar berkenaan,” ujar Olav.

Raja Rimba Sumber: The Sun

Masai Mara terkenal dengan kucing-kucing besar seperti singa, harimau bintang dan cheetah.

Singa adalah haiwan yang paling banyak tinggal di kawasan itu dengan jumlah lebih dari 900 ekor.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca