
Sumber: myMetro
Tanpa ibu bapa yang telah mendidik dan membesarkan kita selama ini siapalah kita sebagai anak di dunia. Sebaik-baik anak adalah menjaga mereka hingga akhir hayat.
Nampaknya berbeza pula dengan seorang lelaki di Uttar Pradesh, India kerana sanggup meninggalkan ibunya yang positif COVID-19 di tepi jalan.
Menurut laporan daripada India Today, satu perkongsian video telah tular di media sosial sejak beberapa hari lalu yang memaparkan ibunya terbaring.
Penduduk di sekitar kawasan itu melihat keadaan wanita yang terbaring lemah dan perlu dibawa ke hospital tempatan dengan kadar yang segera. Tetapi, semasa sedang menjalani rawatan, dia dilaporkan telah meninggal dunia.
Difahamkan, sebelum dia ditinggalkan di tepi jalan, wanita itu mengadu mengalami sesak nafas. Keadaannya semakin buruk, lalu anak lelakinya membawa serta meninggalkannya di luar rumah anak perempuannya yang terletak di daerah Tad Bageya, Chakeri.
Lelaki itu bimbang dijangkiti virus dari ibunya, lalu dia melarikan diri dari tempat kejadian. Bukan itu sahaja, anak perempuannya juga tidak membawanya untuk masuk ke dalam rumah dan tidak menjalankan tanggungjawab sebagaai seorang anak.
Penduduk tempatan yang melihat wanita itu terbaring di tepi jalan, sempat merakam video keseluruhan kejadian dan memuatnaik di media sosial.
Berikutan itu, video itu menjadi tular dan pihak polis bergegas ke tempat kejadian. Polis juga membuka kes mengenai pengabaian yang dilakukan oleh anak lelaki terhadap wanita itu.
Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah: