Takut Diganggu Isyarat 5G Vaksin, Penganut Teori Konspirasi Ini Cadang Pakai ‘Tin Foil’

Walaupun banyak pendedahan yang diberikan oleh pihak kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tentang vaksin COVID-19, masih ada lagi dakwaan palsu yang timbul daripada golongan penganut teori konspirasi.

Menerusi ciapan yang tular di laman Twitter baru-baru ini, seorang pengguna memuat naik beberapa tangkap layar perbualan ahli kumpulan grup Telegram Gerakan Post-Mortem COVID-19 (GPMC) Kedah.

Sumber: The Vocket

Berdasarkan tangkap layar tersebut, anda boleh melihat dakwaan terbaharu daripada beberapa penganut teori konspirasi dalam grup Telegram tersebut yang mendakwa tahap kesihatan mereka merudum sekiranya duduk berhampiran dengan individu yang telah menerima suntikan vaksin.

Ada juga yang mendakwa bahawa mereka terpaksa memakai tin foil untuk elak daripada diganggu dengan signal daripada mereka yang telah divaksinasi.

“Shedding is real. Selepas dua jam melepak dengan orang yang sudah menerima suntikan vaksin Pfizer, saya kena kering tekak, batuk kering dan sakit kepala,” kata salah seorang ahli dalam grup tersebut.

Sumber: Twitter @fazlihalimmedia

Mesej lelaki itu kemudiannya dibalas dengan gambar tin foil oleh seorang ahli lain yang berkata, “Terpaksa pakai. Kalau 5G aktif, kita memang tidak boleh duduk dengan mereka.”

Di dalam grup Telegram, anda dapat lihat bagaimana ahli GPMC mengada-adakan cerita bahawa jika berada dekat dengan kumpulan yang lengkap divaksin, kesannya nanti akan terkena pada mereka.

Sumber: Twitter @fazlihalimmedia

Dalam pada itu, vaksin COVID-19 bukanlah ubat kerana individu yang mengambil suntikan berkenaan masih terdedah kepada jangkitan wabak itu.

Walau bagaimanapun, vaksin ini berfungsi sebagai pendinding kepada manusia di mana individu yang menerima suntikan vaksin tidak akan memudaratkan orang lain sekiranya mereka dijangkiti COVID-19.

Apa pendapat anda tentang perbualan tersebut?

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca