Orang ramai dinasihati untuk tidak membuka atau melayan mana-mana mesej atau hantaran yang meragukan.
Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf, pelbagai taktik baharu dilakukan pihak scammer bagi memperdaya orang ramai.
Antara taktik terbaharu scammer menerusi hantaran jemputan majlis perkahwinan yang disebar melalui aplikasi WhatsApp.

Mereka akan menyamar sebagai individu yang dikenali dan menghantar kad jemputan perkahwinan menerusi fail APK (Kit Pakej Android).
“Taktik baharu itu meminta orang ramai untuk melakukan ‘klik’ (tekan) pada link yang disediakan bagi mendapatkan kad jemputan kahwin.
“Namun itu satu helah dan cara scammer untuk mencuri maklumat daripada orang ramai, seterusnya membuat pemindahan wang secara dalam talian.
“Untuk itu, orang ramai sebaiknya cuba elakkan daripada terjebak dengan sebarang mesej yang diragui puncanya,” katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Taktik sebegitu lebih menyasarkan warga emas kerana golongan ini mempunyai wang yang banyak seperti pengeluaran EPF serta duit pencen.
Oleh sebab itu, terdapat pelbagai reaksi anak-anak yang amat risau tentang keselamatan orang tua mereka, ada juga yang memberikan beberapa tips agar kita tidak terjerat dengan taktik ini.
“Jangan download random APK files kalau tak tau dari siapa dan apa content APK,” komen netizen.
Untuk membaca artikel berkaitan, anda boleh klik pautan di bawah: