Taktik Ini Nampak Gila, Namun Anda Boleh Mencubanya Sendiri!

Percayakah anda sebenarya helah pelik ini sangat berguna dan membantu kehidupan seharian kita? Mungkin tiada siapa yang boleh membayangkan perkara yang biasa kita lakukan itu akan nampak pelik pada orang lain. Contohnya, tembikai masin, masukkan kacang ke dalam Coco Cola dan bermacam lagi.

Melakukan perkara-perkara pelik sebegini akan membuat fikiran anda lebih terbuka kerana mencuba sesuatu yang mungkin kelihatan tidak masuk akal pada mulanya, tetapi ia memberi manfaat kepada anda semua. Jadi, kami kongsikan 6 taktik ini yang nampak gila namun anda boleh mencubanya sendiri.

1. Apabila anda terlalu malas untuk melakukan sesuatu, lupakan kopi dan pergi mandi.

Jangan meluangkan masa dengan harapan kopi mampu menghilangkan rasa letih atau tertekan. Sebenarnya, cara terpantas untuk melegakan segala yang anda hadapi adalah dengan mandi. Air dapat memberikan rasa ketenangan yang baik untuk tubuh badan seseorang. Anda boleh dapati bahawa mood anda akan bertambah baik.

Selain itu, ramai juga ahli psikologi mengesyorkan mandi sebelum tidur, terutamanya jika anda mengalami insomnia. Hal ini kerana, ia akan memudahkan anda tidur dengan lenanya.

2. Anda boleh tambahkan cuka dan garam bersama kentang goreng atau letakkan krim keju bersama tembikai.

Jangan takut untuk mencuba sesuatu yang baru. Ada juga sesetengah orang suka makan pisang dengan pes tomato, makan pasta dengan susu pekat. Namun, orang barat makan kentang goreng dengan cuka dan garam, serta orang yang tinggal di Mediterranean meletakkan krim keju pada tembikai.

3. Buah akan lebih manis dengan garam dan kopi tidak terlalu pahit.

Tahukah anda? Untuk memdapatakan rasa buah yang lebih manis, anda boleh letakkan sedikit garam. Contohnya, letakkan garam pada tembikai atau epal dan ia akan membuat rasa lebih manis.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan helah ini dengan cara meletakkan sedikit garam ke dalam kopi bagi menghilangkan rasa pahit.

4. Masukkan kacang masin ke dalam Coca Cola.

Kacang akan mendapatkan rasa manis dan menjadi lebih lembut apabila memasukkannya ke dalam minuman Coca Cola. Minuman berkarbonat ini popular di Selatan Amerika Syarikat, mereka menggunakan helah ini untuk makan sesuatu yang lebih mudah semasa memandu. Apa yang perlu anda lakukan ialah hanya meletakkan kacang dalam sebotol Coca Cola lalu dimakan.

5. Anda boleh mencuba cara kucing berehat

Adakah anda ingin berasa lebih bertenaga sepanjang hari? Dapatkan bantal dan tidur sebentar di atas lantai. Anda hanya perlu pilih tempat di mana terdapat sinar matahari yang hangat.

Jika anda sedang berehat di luar bangunan, jangan lupa memakai pelindung matahari. Anda boleh melalukan perkara ini selama 15-20 minit sahaja untuk mengelakkan lebihan sinaran matahari terkena pada kulit.

Jadi, kepada anda semua bolehlah mencuba helah ini untuk menceriakan hari anda. Ia juga mungkin dapat membantu anda untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca