Sorok Bahan Terlarang Dalam Bebola Daging, Ini Taktik Terbaharu Sindiket Pengedaran Dadah

Baru-baru ini tular sebuah video yang memperlihatkan seorang wanita menghiris beberapa bebola daging berisi buntil plastik kecil.

Buntil-buntil plastik yang terdapat dalam bebola tersebut merupakan dadah dan dibalut dengan menggunakan warna berbeza iaitu hijau dan putih.

Menerusi tontonan video tersebut, kelihatan setiap satu bebola daging mengandungi satu buntil dadah. Walau bagaimanapun, lokasi video tersebut diambil masih belum dapat dipastikan.

Menurut laporan Berita Harian, rakaman tersebut tular di laman sosial sejurus selepas pihak media antarabangsa melaporkan kematian yang melibatkan dua lelaki warganegara Nigeria.

Kematian dua lelaki ini berlaku pada 15 September 2019 sewaktu dalam penerbangan menuju ke Utopia dari Brazil. Difahamkan bahawa kejadian tersebut berpunca daripada buntil dadah yang ditelan oleh lelaki berkenaan pecah secara tiba-tiba.

Kedua-duanya mati di tempat kejadian sebelum pesawat tersebut sempat membuat pendaratan kecemasan.

Maka, berhati-hati dan berwaspadalah kepada sesiapa yang mahu kita bawa atau kirim barang semasa berlepas menggunakan kapal terbang atau apa jua situasi dan keadaan.

Hal ini penting untuk mengelakkan diri anda daripada menjadi mangsa sindiket pengedaran dadah.

Artikel Lain Untuk Di Baca