Taktik Baru ‘Scammer’- Meniru Suara Rakan Atau Ahli Keluarga

Meniru suara rakan dan ahli keluarga kini telah menjadi taktik baharu yang telah dikesan digunakan oleh penjenayah penipuan dalam talian untuk memperdaya mangsa kononnya bagi meminjam wang.

Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, selepas memperkenalkan diri, suspek akan memberitahu bahawa nombor telefon yang digunakan itu adalah nombor baharu mereka.

Sumber: mStar

“Penjenayah kemudiannya akan memberikan nombor akaun yang bukan milik rakan atau ahli keluarga mangsa bagi tujuan mendapatkan wang yang ingin dipinjam itu,” katanya kepada Harian Metro.

Mangsa akan mula menyedari ditipu apabila menghubungi rakan atau ahli keluarga dengan nombor asal mereka dan mendapati sebenarnya tiada permintaan pinjaman wang dibuat.

Sumber: Haulix Daily

Dipercayai sebanyak 20 kertas siasatan telah dibuka yang membabitkan penjenayah menggunakan modus operandi penyamaran dan ia melibatkan telah melibatkan kerugian sebanyak RM250,000. Manakala, sebanyak 78 laporan diterima membabitkan kerugian hampir RM7 juta berkaitan jenayah siber dan multimedia dari bulan Januari sehingga hari ini.

Pihak polis menasihatkan agar rakyat Malaysia untuk lebih sentiasa mengambil langkah berhati-hati dan tidak jangan mudah percaya dengan mana-mana panggilan yang tidak dikenali. Sentiasa berjaga-jaga ketika menerima panggilan dan semak dahulu akan kesahihan sesebuah maklumat yang diterima supaya tidak mudah ditipu.

Untuk membaca artikel berkaitan. klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca