Taksub Atau Tersentuh? Army Sedih Lihat RM Menangis Gara-Gara Pembatalan Konsert BTS

Peningkatan jumlah kes jangkitan COVID-19 membuatkan beberapa buah negara tampil dengan tindakan drastik dalam membendung virus berkenaan daripada terus menular. Selain China, antara negara yang mencatatkan jumlah kes tertinggi membabitkan wabak COVID-19 termasuklah Korea Selatan. Peningkatan yang mendadak itu sekali gus membuatkan kerajaan mereka terpaksa membatalkan semua aktiviti sosial termasuklah konsert yang dijadualkan bakal berlangsung dalam masa terdekat.

Kumpulan ikonik K-Pop iaitu Bangtan Boys atau lebih dikenali sebagai BTS turut terkena tempias COVID-19 apabila empat konsert mereka, Map of Soul yang sepatutnya berlangsung pada 11 dan 12 April serta 18 dan 19 April ini terpaksa dibatalkan.

Penyanyi utama kumpulan tersebut iaitu Kim Nam-joon atau lebih terkenal dengan nama RM meluahkan rasa sedihnya berikutan pembatalan konsert itu sewaktu membuat live di laman V Live.

Sumber: YouTube KOREA NOW

Menurut RM, sebaik sahaja mendapat tahu tentang perkara itu, dia yang ketika itu sedang berada di rumah terus menjerit kerana tidak dapat mengawal perasaan kecewa yang terbuku di hati. Namun begitu, dia sedar bahawa tiada apa yang dapat dilakukan kerana ia (pembatalan konsert) adalah untuk kebaikan semua pihak.

“Saya mula menjerit dan rasa sangat marah terhadap berita itu (pembatalan konsert),” cerita RM.

Apa yang membuatkan RM sangat kecewa adalah apabila mereka tidak dapat menghiburkan para peminat yang teruja menanti kehadiran BTS.

“Saya kecewa kerana tidak dapat membuat persembahan di depan peminat. Pembatalan ini sangat menyedihkan tetapi tiada apa yang dapat kami lakukan,” ujar RM.

“Tetapi percayalah, latihan dan masa kami peruntukkan untuk album ini tidak akan hilang dan begitu juga dengan cinta terhadap kalian (peminat). Saya percaya berita baik akan muncul untuk kita semua nanti,” kata RM lagi.

Sumber: YouTube KOREA NOW

Tinjauan kami di media sosial mendapati rata-rata peminat BTS yang menggelarkan diri mereka sebagai BTS Army sedih melihat idola mereka mengalirkan air mata kerana pembatalan konsert tersebut. Menurut majoriti BTS Army, melihat penyanyi kesayangan mereka menangis jauh lebih sedih berbanding berita pembatalan konsert Map of Soul.

Berikut kami kongsikan beberapa komen daripada BTS Army:

Apa-apa pun, pembatalan yang dibuat ini adalah untuk kebaikan semua pihak. Diharapkan agar BTS Army dapat menerima berita ini dengan hati terbuka.

Untuk baca artikel lain berkenaan BTS, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca