Sebut sahaja perkataan takoyaki, ramai orang pasti akan membayangkan keenakan dan kelazatan snek jalanan dari Jepun tersebut dalam fikiran mereka.
Salah satu jenama takoyaki yang berjaya menawan hati peminat snek berkenaan ialah Mr Tako dengan sos takoyaki mereka yang cukup lazat dan berkualiti tinggi.
Dengan lebih 200 kios di seluruh Malaysia, Mr Tako bukanlah satu nama yang asing lagi kepada peminat takoyaki. Kami akan kongsikan 12 cawangan Mr Tako di Selangor yang anda wajib kunjungi menerusi artikel ini:
1. Restoran Prinze Corner di Seksyen 7, Shah Alam

Terletak di Restoran Prinze Corner, peminat takoyaki di Shah Alam wajib datang ke sini untuk mendapatkan snek tersebut yang dilimpahi dengan sos istimewa yang sudah pasti akan membuat anda menjilat jari. Sekali cuba, pasti mahu lagi.
Sekiranya anda tinggal di kawasan berdekatan, boleh hubungi nombor di bawah untuk dapatkan takoyaki paling sedap ini dihantar terus ke pintu rumah anda.
Nombor telefon: 011-6169 5364
2. Restoran Al-Sarifa, Bandar Utama, Damansara

Kepada semua ‘hantu’ takoyaki yang tinggal di Bandar Utama dekat Damansara atau kawasan berdekatan, apa kata anda dapatkan snek tersebut dari kios Mr Tako yang terletak di Restoran Al-Sarifa?
Satu perkara yang membuatkan orang ramai tertarik pada Mr Tako ialah aromanya yang mampu membangkitkan selera dan teksturnya yang cair dalam mulut walaupun ia garing.
Walaupun semua orang mempunyai pendapat berbeza, rata-rata bersetuju bahawa takoyaki Mr Tako adalah yang terbaik pernah mereka rasa. Hanya dengan satu gigitan, mereka dikatakan telah terpaut pada keenakan Mr Tako dan datang berkali-kali untuk menikmati kelazatan snek tersebut.
Untuk dapatkan takoyaki Mr Tako di Bandar Utama, anda boleh search Restoran Al-Sarifa di Waze atau Google Maps. Ia akan bawa anda terus ke kios Mr Tako Damansara.
Bagi yang tidak sempat datang ke kios, jangan risau. Mr Tako Bandar Utama turut menyediakan perkhidmatan penghantaran. Anda hanya perlu WhatsApp 017-263 6805 untuk membuat pesanan dan tunggu ia sampai ke hadapan pintu rumah.
Untuk yang mencari takoyaki Damansara yang mampu membangkitkan selera sehingga gigitan terakhir, kios Mr Tako di Bandar Utama adalah pilihan terbaik.
Alamat: Restoran Al-Sarifa, Bandar Utama, Selangor (Sebelah Kondominium Pelangi Utama)
Waktu operasi: 1 petang-9 malam
Nombor telefon: 017-263 6805
3. Restoran Homst di Seksyen 13, Shah Alam

Untuk anda yang berada di sekitar Seksyen 13, kiosk Mr Tako ini sebenarnya terletak berhampiran dengan Restoran Homst.
Dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih lagi berkuat kuasa pada waktu artikel ini ditulis, jangan risau kerana anda boleh dapatkan takoyaki daripada Mr Tako dengan hubungi nombor di bawah.
Nombor telefon: 016-749 9545
Facebook: www.facebook.com/108502563941566/
Instagram: instagram.com/mrtakolegend
4. Mr Tako Damansara Perdana

Terletak di Restoran Mutiara D’Maju, Mr Tako ialah salah satu jenama takoyaki yang sentiasa dapat tempat tinggi dalam hati para peminat snek dari negara matahari terbit tersebut.
Atas sebab itu juga, Mr Tako ada berita baik untuk semua penggemar takoyaki di Damansara Perdana. Untuk lokasi yang lebih tepat, kios Mr Tako Damansara Perdana terletak betul-betul berhadapan dengan Hong Leong Bank.

Banyak pelanggan berkata kelazatan sos dan takoyaki Mr Tako memang tidak ada tandingannya setakat ini. Mereka terus jatuh cinta dengan Mr Tako pada gigitan pertama sampai termimpi-mimpi dibuatnya.
Jika anda masih mencari takoyaki Damansara yang betul-betul kena dengan tekak masing-masing, Mr Tako Damansara Perdana adalah pilihan terbaik.
Sekiranya tidak sempat datang ke kios tetapi craving sangat-sangat atau mahu membuat tempahan awal, anda boleh WhatsApp 012-966 9842 untuk membuat pesanan. Selepas membuat pesanan, anda hanya perlu tunggu sahaja ia dihantar terus ke hadapan pintu rumah.
Alamat: 22, Jalan PJU 8/5g, Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor
Nombor telefon: 012- 9669842
5. OTK Puchong Prima

Warga Puchong Prima tidak perlu bersedih kerana anda juga boleh dapatkan takoyaki daripada kiosk Mr Tako di hadapan OTK. Untuk tempahan atau mahukan makanan itu dihantar terus ke pintu rumah, boleh hubungi nombor di bawah.
Nombor telefon: 011- 1057 5300
6. Mr DIY Puchong Prima
Anda boleh juga dapatkan takoyaki istimewa ini dari kiosk Mr Tako di hadapan Mr DIY. Apa yang paling menarik ialah anda masih boleh mendapatkan takoyaki paling sedap dari Mr Tako ini walaupun hanya duduk di rumah dengan menghubungi nombor di bawah.
Nombor telefon: 011-3691 7602
7. AEON Big Puchong Utama
Bagi yang biasa pergi ke AEON Big Puchong Utama, anda akan lihat satu kiosk Mr Tako di hadapan pasar raya berkenaan. Untuk yang tidak berkesempatan pergi ke sana, boleh WhatsApp nombor di bawah dan mereka akan hantar terus ke rumah anda.
Nombor telefon: 011-1057 5300
8. CS Grocer Putra Perdana

Untuk peminat takoyaki di Putra Perdana, anda boleh dapatkan takoyaki daripada Mr Tako di hadapan CS Grocer. Anda boleh juga WhatsApp nombor di bawah sekiranya berada di kawasan berdekatan.
Nombor telefon: 011-1057 5300
9. Restoran Ali Maju Reef, Rawang

Berita baik buat peminat takoyaki di Rawang, anda boleh dapatkan takoyaki istimewa daripada Mr Tako ini dekat kiosk bas Batu 16 yang terletak di hadapan Ali Maju Reef. Anda boleh juga dapatkan takoyaki paling sedap ini sebagai snek sambil menonton drama ataupun bekerja di rumah.

Nombor telefon: 014-363 5492
10. Tesco Semenyih

Jika anda pergi ke Tesco Semenyih, anda akan perasan satu kiosk Mr Tako di hadapan pasar raya berkenaan. Peminat makanan Jepun di Semenyih boleh dapatkan takoyaki Mr Tako dengan pergi ke sana atau hubungi nombor di bawah.
Nombor telefon: 014-628 3195
11. Kampung Delek, Klang

Bagi yang tinggal di Kampung Delek dekat Klang, Mr Tako juga boleh hantar takoyaki yang sedap sehingga menjilat jari ini terus ke halaman rumah anda. Anda hanya perlu WhatsApp nombor di bawah untuk membuat pesanan.
Nombor telefon: 013-304 4535
12. Masjid Ar-Rahimin, Kota Raja

Penggemar takoyaki di Kota Raja boleh dapatkan takoyaki ini di pekarangan Masjid Ar-Rahimin di Teluk Menegon. Sekiranya anda tidak dapat pergi ke sana, WhatsApp nombor di bawah untuk membuat pesanan dan tunggu sahaja makanan sampai ke pintu rumah.
Nombor telefon: 017-281 8602
Kelebihan takoyaki Mr Tako

Kelebihan takoyaki Mr Tako terletak di sos dan tepung mereka yang tidak mempunyai tandingannya. Bagi anda yang pernah makan takoyaki Mr Tako, sos istimewanya pasti membuatkan anda termimpi-mimpi. Betul tak?
Harga untuk satu Single Pack Mr Tako ialah RM5 untuk lima biji manakala RM10 untuk 12 biji takoyaki dalam Family Pack. Mr Tako juga mempunyai menu terbaharu iaitu Spicy Takoyaki yang menggunakan serbuk cili dan mayonis betul-betul pedas. Penggemar makanan pedas wajib mencuba menu terbaharu mereka.
Peluang perniagaan bersama Mr Tako

Sebelum kita mulakan apa-apa perniagaan sekali pun, kita pasti mahu tahu kelebihan dan kekurangan bisnes tersebut. Dengan mengeluarkan modal bermula RM1,499, anda akan menerima keuntungan berlipat ganda apabila menjadi ahli Mr Tako.
Pertama sekali, anda akan peroleh 63.8 peratus daripada hasil jualan. Sekiranya anda berjaya menjual sebanyak RM15,000 pada bulan berkenaan, keuntungan yang diterima boleh mencecah RM9,570.
Untuk mendapatkan jumlah tersebut, anda hanya perlu menjual sekurang-kurangnya 100 Single Pack Mr Tako ataupun 50 Family Pack Mr Tako setiap hari. Menarik bukan?
Sekiranya anda pernah mencuba takoyaki daripada Mr Tako sebelum ini, anda akan perasan bahawa keenakan dan kelazatan sos istimewa mereka memang tiada tandingannya. Dengan menjadi sebahagian daripada Mr Tako, anda boleh beli bahan mentah pada harga borong.
Selain itu, anda juga boleh menebus kupon setiap bulan yang boleh digunakan untuk pembelian bahan mentah. Namun, apa yang paling menarik ialah anda boleh memenangi cabutan bertuah yang bakal diadakan setiap tiga bulan.
Mr Tako tawarkan dua pakej perniagaan iaitu RM1,499 dan RM1,999. Stok bahan mentah yang dibekalkan juga akan berbeza mengikut pakej yang anda ambil.


Anda boleh menerima banyak kelebihan sekiranya menjadi ahli Mr Tako. Jika berminat untuk menjadi ahli Mr Tako, anda boleh klik pada pautan Jom.chat ini.
Untuk maklumat lanjut, anda boleh lihat di media sosial rasmi Mr Tako:
Instagram: www.instagram.com/mrtakohq/
Facebook: www.facebook.com/mrtakospecialhq/
Twitter: twitter.com/mrtakohq
Untuk baca artikel-artikel berkaitan tempat makanan menarik, anda boleh klik pada pautan di bawah: