“Takkan Berakhir.” – Pakar Percaya Bahawa COVID-19 Mungkin Akan Kekal Selama-Lamanya

Sudah hampir 9 bulan kita menjalani kehidupan seharian dengan norma baru sejak penularan wabak COVID-19 yang bermula sejak Disember 2019.

Sejak daripada itu, pelbagai inisiatif yang telah diambil oleh pihak kerajaan Malaysia bagi membendung penularan wabak ini daripada terus merebak.

Walau bagaimanapun, seorang pakar yang juga bekas Ketua Penasihat Saintifik United Kingdom (UK), Prof Mark Walmart berpendapat bahawa COVID-19 akan ada selama-lamanya di dunia ini sekali gus mendorong keperluan mengambil vaksin secara berkala.

Menurut beliau, COVID-19 hampir sama dengan virus influenza dan menyebabkan ia memerlukan inokulasi berulang pada skala global.

Beliau yang juga anggota Kumpulan Penasihat Ilmiah untuk Kecemasan (Sage) memberitahu, COVID-19 juga tidak akan menjadi penyakit seperti cacar yang dapat dihapuskan dengan menggunakan vaksin.

“Ini adalah virus yang akan selalu ada bersama kita dalam beberapa bentuk atau yang lain dan hampir pasti memerlukan vaksin secara berkala.

“Jadi, seperti selesema, orang akan memerlukan vaksin secara berkala,” katanya.

Bagaimanapun tegasnya, tindakan bersasar akan digunakan sebagai usaha untuk membendung penularan wabak berkenaan.

Dalam pada itu, Prof Walmart turut menzahirkan kebimbangan dengan peningkatan kes yang berlaku di benua Eropah khusunya di United Kingdom.

Beliau mendakawa bahawa kurang satu daripada lima orang di UK dijangkiti virus berkenaan, dan 80 peratus dijangka akan terdedah kepada jangkitan berkenaan.

“Anda boleh lihat apa yang terjadi di Perancis, Sepanyol, dan di Korea Selatan, yang berjaya mengawal jangkitan dengan pantas namun kini melihat peningkatan kes. Oleh itu, jangkitan ini ada pada kita,” katanya.

Dalam pada itu, seluruh team Lejen Digital ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru orang ramai agar mematuhi SOP yang telah ditetapkan kerajaan bagi membendung penularan virus COVID-19. Untuk baca artikel-artikel lain berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca