Tak Tinggal Apa-Apa Melainkan Tulang, Petani Ini Dipercayai Mati Dimakan Babi Ternakan

Seorang petani di Osiek, barat daya Poland mati dimakan oleh khinzir ternakan sendiri selepas tidak sedarkan diri dipercayai akibat serangan jantung.

Lelaki yang hanya dikenali sebagai Krzysztof, 71, oleh media tempatan didakwa telah menjadi santapan 12 ekor babi baka Hungarian Mangalica selepas dia terjatuh ketika sedang mengambil air di perigi dekat ladang miliknya.

Jasad Krzysztof hanya ditemui oleh jirannya selepas lelaki itu gagal dikesan semenjak ambang tahun baharu. Namun begitu, mayat petani yang ditemui berhampiran perigi itu hanya tinggal tulang sahaja selepas dipercayai dimakan babi ternakannya.

Jurucakap pendakwa raya, Magdalena Serafin memberitahu pihak media tempatan bahawa mereka menerima laporan mengenai penemuan mayat seorang lelaki di sebuah ladang.

“Kali terakhir dia (Krzysztof) dilihat oleh jirannya adalah pada 31 Disember lalu ketika dia keluar mengambil air di perigi yakni lokasi di mana mayatnya ditemui. Krzysztof kemudiannya dipercayai dimakan oleh babi ternakannya,” katanya.

Pelbagai spekulasi muncul mengenai punca kematian Krzysztof. Sesetengah jiran percaya bahawa petani itu merupakan seorang kaki botol yang tertidur saat sedang mengambil air di perigi. Pihak pendakwa raya pula beranggapan Krzysztof mati akibat serangan jantung.

Berbicara mengenai babi ternakan Krzysztof, jiran-jiran petani itu rata-ratanya takut akan haiwan itu ekoran saiznya yang sangat besar.

Haiwan ternakan Krzysztof adalah babi Mangalica yang merupakan baka hibrid di antara babi Hungary dan khinzir hutan Eropah. Apabila matang, binatang ini mampu mencapai berat sehingga melebihi 500 kilogram.

Susulan daripada insiden kematian petai itu, penduduk setempat mengadakan sebuah perbincangan untuk mematikan babi-babi ternakan Krzysztof yang kini dianggap berbahaya.

Namun begitu, pihak pendakwa raya berkata haiwan berkenaan tidak melakukan sebarang jenayah. Oleh itu, mematikannya adalah sesuatu yang tidak wajar dilakukan.

Untuk membaca artikel lain berkaitan haiwan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca