Tak Siapkan Kerja Sekolah, Guru Dipercayai Denda Pelajar Sampai Mati

Seorang pelajar sekolah menegah di Alor Timur, Indonesia disahkan meninggal dunia selepas dipercayai telah didenda oleh gurunya sendiri.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada 16 Oktober, hari Sabtu yang lepas kira-kira jam 11 pagi waktu tempatan.

Menurut laporan media tempatan, mangsa yang dikenali sebagai MM masih berusia 13 tahun dan dikatakan telah meninggal dunia setelah dipukul gurunya yang berusia 40 tahun.

Suspek dikatakan bertindak sedemikian kerana tindakan mangsa yang gagal untuk menyiapkan kerja sekolah yang diberi.

Setelah mendapat tahu mangsa tidak menyiapkan kerja rumah yang diberi, ianya telah menyebabkan emosi suspek meledak.

Suspek dikatakan telah bertindak memukul kepala, tangan dan betis mangsa dan turut menendang bahagian punggung mangsa.

Mangsa yang mengalami luka pada bahagian leher, punggung dan betis kemudiannya pulang ke rumah dan melaporkan perkara tersebut kepada ibu bapanya.

Keesokan harinya, mangsa kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan setelah mengadu rasa sakit.

Mangsa dilaporkan telah ditahan di Hospital Kalabahi Alor selama dua hari sebelum disahkan meninggal dunia pada 26 Oktober, hari Selasa ini.

Ketua Polis Daerah Alor, AKBP Agustinus Christmas melaporkan bahawa mereka telah bertindak untuk menahan suspek untuk dibawa ke balai polis untuk menjalani siasatan.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca