Tak Sengaja Bakar Pesakit Kanser, Wanita Ini Temui Ajal Akibat Kecuaian Doktor

Seorang pesakit kanser disahkan meninggal dunia selepas pakar bedahnya tidak sengaja membakar badannya semasa satu operasi pembedahan.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Bucharest’s Floreasca Hospital, Romania itu difahamkan terjadi selepas bahan penyahjangkit yang mengandungi alkohol terbakar apabila dinyalakan secara tidak sengaja menggunakan skalpel eletrik.

Mangsa yang berusia 66 tahun melecur hampir 40 peratus pada badan telah menghembuskan nafasnya yang terakhir seminggu selepas insiden terbabit.

Pihak polis Romania kini sudah menjalankan siasatan ke atas kes kematian berkenaan.

Menurut keluarga mangsa, mereka langsung tidak diberitahu tentang betapa teruknya kejadian yang menimpa mangsa pada hari kejadian.

“Kami hanya mengetahui butiran insiden secara terperinci melalui pihak media apabila kes berkenaan disiarkan di stesen televisyen selepas kematiannya,” ujar saudara mangsa.

Keluarga terbabit menambah, mereka tidak mahu terus menunding jari pada doktor yang melakukan pembedahan. Sebaliknya, mereka hanya mahu memahami bagaimana insiden berkenaan terjadi.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Victor Costache sudah berikrar akan menyiasat kes terbabit.

“Saya dan pasukan akan berusaha sehabis baik untuk merungkai kebenaran di sebalik kes ini,” katanya.

Timbalan Menteri, Horatiu Moldovan pula menambah, semua pakar bedah sepatutnya sedar bahawa penggunaan bahan penyahjangkit yang mengandungi alkohol adalah dilarang sama sekali untuk digunakan dalam sesuatu pembedahan yang turut menggunakan skalpel eletrik.

Untuk membaca artikel lain berkaitan pembedahan, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca