Tak Pakai Topi Keledar, Polis Ini Beri Hukuman Tulis Karangan 100 Patah Perkataan

Mungkin ia akan kedengaran agak meragukan namun, itulah hakikat sebenar yang berlaku di New Delhi sekarang.

Sebagai salah satu langkah inovatif untuk menggalakkan pemakaian topi keledar kepada penunggang motosikal, polis di negara itu akan meminta sesiapa yang didapati bersalah melanggar undang-undang untuk menulis karangan 100 patah perkataan mengenai sebab tidak memakai alat pelindung kepala semasa menunggang di jalan raya.

Inisiatif itu dilancarkan di daerah Bhopal sempena Minggu Keselamatan Jalan Raya yang akan berakhir pada Jumaat nanti. Langkah ini dipercayai mampu membantu penunggang motosikal untuk mengetahui kepentingn memakai topi keledar selain meningkatkan kemahiran menulis.

Menurut laporan terkini, lebih 150 penunggang motosikal tidak memakai topi keledar dan terpaksa menulis karangan 100 patah perkataan.

“Sepanjang Minggu Keselamatan Jalan Raya ini, penunggang motosikal yang didapati tidak memakai topi keledar akan diminta menulis karangan 100 patah perkataan yang menerangkan mengapa mereka tidak mematuhi undang-undang yang amat penting ini,” ujar Penguatkuasa Tambahan Polis, Pradeep Chouhan.

Difahamkan, inisiatif itu akan dikekalkan meskipun kempen Minggu Keselamatan Jalan Raya sudah tamat demi memastikan semua rakyat negara itu mematuhi undang-undang jalan raya.

Selain menulis karangan dan mengedarkan risalah, pemeriksaan mata kepada pemandu juga turut dijalankan sebagai sebahagian daripada kempen tersebut.

Untuk membaca artikel lain berkaitan negara India, sila klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca