“Tak Mustahil Kita Berjaya Putuskan Jangkitan COVID-19 Tanpa Vaksin.” – Dr. Noor Hisham

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah, Malaysia boleh memutuskan kadar jangkitan COVID-19 tanpa penggunaan vaksin sebaliknya dilakukan dengan pematuhan tinggi rakyat terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan yang ditetapkan.

Keyakinan itu adalah berdasarkan pengalaman negara dalam mendepani dua virus hampir sama sebelum ini iaitu Sindrom Pernafasan Virus Korona Asia Barat (MERS-CoV) dan Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS).

Katanya, ketika ini tempoh diperlukan iaitu sekurang-kurangnya setahun atau lebih untuk menghasilkan vaksin yang sesuai.

“Apa yang kita pasti dan kita belajar daripada jangkitan MERS-CoV dan SARS (di mana sampai hari ini pun ada vaksin tetapi (hanya) menggunakan kaedah kesedaran kesihatan awam kita dapat bendung.

“Jadi ada kemungkinan tanpa menggunakan vaksin, kalau kita semua patuh kepada SOP dan juga patuh kepada saranan kesihatan awam, kita juga boleh memutuskan jangkitan COVID-19 tanpa vaksin,” jelas beliau.

Menurutnya lagi, jika ada vaksin terhasil ia lebih baik, namun jika sebaliknya, kaedah kesihatan awam adalah cara terbaik dan ia memerlukan komitmen semua rakyat.

Dr. Noor Hisham berkata bahawa, jika rakyat Malaysia dapat memastikan kes jangkitan kekal antara satu atau dua angka, kerajaan sudah boleh merancang untuk strategi keluar (exit strategy) daripada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) apabila tempohnya tamat pada penghujung Ogos nanti.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai kemungkinan wujud kluster baharu selepas kerajaan memutuskan lebih banyak sektor dibuka dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun ini.

Menurutnya, kepatuhan rakyat terhadap SOP yang ditetapkan adalah asas penting dalam memastikan usaha untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 itu.

Untuk membaca artikel lain yang berkaitan COVID-19, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca