Tak Mampu Bayar Hutang, Ibu Kahwinkan Anak Remajanya Dengan Ketua Kampung

Kejadian di Indonesia, seorang wanita kahwinkan anaknya, 19 tahun dengan ketua kampung untuk langsaikan hutang.

Video di atas adalah kejadian apabila gadis remaja tersebut berkahwin dengan ketua kampung mereka. Kejadian ini kecoh di media sosial apabila melihat raut wajah gadis tersebut kelihatan sedih.

Seorang pemilik akaun twitter, @tanyakanrl berkongsi rasa simpatinya terhadap gadis tersebut dan tweet tersebut menjadi viral dengan sokongan warganet.

Pemilik akaun tersebut juga berkongsi comment dari seseorang yang kenal akan gadis remaja tersebut.

Sumber: Twitter @tanyakanrl

“Saya tahu kisah sebenar gadis itu. Sangat sedih kerana ibu gadis itu berhutang dengan ketua kampung tetapi ibunya tidak mampu melangsaikan hutang tersebut. Oleh itu, ketua kampung meminta untuk bernikah dengan gadis itu bagi melangsaikan hutang. Jadi begitulah ceritanya,” seorang individu memberi keterangan.

Keterangan tersebut membuat warganet berasa amat kasihan akan gadis tersebut dan mengatakan yang ibunya menggunakan anaknya untuk membayar hutang.

Warganet salahkan ibunya yang sanggup memberi anak remajanya itu pada ketua kampung yang tidak fikirkan perasaan anaknya itu.

Kejadian kahwinkan remaja ini amat menyedihkan dan malangnya, tidak semua menghormati hak seorang remaja yang masih sedang belajar tentang dunia.

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca