Tak Mahu Ekonomi Brazil Terjejas, Jair Bolsonaro Sertai Demonstrasi Bantah Perintah Berkurung

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro tidak mahu negara itu terus berada dalam lockdown walaupun sudah mencatatkan 40,783 kes dan 2,587 angka korban (pada waktu artikel ini ditulis).

Akibat gagal capai kata sepakat dengan Luiz Henrique Mandetta mengenai pelaksanaan perintah berkurung, Jair telah memecat Menteri Kesihatan Brazil itu pada minggu lalu.

Tidak berhenti di situ, beliau turut mendesak pihak berkuasa Brazil untuk berhenti melaksanakan perintah berkurung supaya ekonomi Brazil tidak akan terus terjejas.

Untuk dijadikan cerita, Jair sanggup turun padang dalam usaha untuk memastikan ‘perjuangan’ beliau ini membuahkan hasil. Beliau dilaporkan menyertai demonstrasi bersama 600 individu yang lain untuk menggesa perintah berkurung di Brazil dihentikan.

“Saya berada di sini kerana saya percaya dengan anda. Anda pula berada di sini kerana anda percaya dengan Brazil,” katanya dalam demonstrasi tersebut.

Jair menegaskan bahawa apa yang beliau lakukan itu adalah untuk kebaikan rakyat. Walau bagaimanapun, kebanyakan daripada penduduk Brazil setakat ini masih lagi akur dengan perintah berkurung itu walaupun ia menjejaskan ekonomi.

Menurut Jair, “Anda mesti berjuang untuk negara anda, Brazil. Anda boleh bergantung kepada presiden anda untuk melakukan apa yang patut supaya kami boleh menjamin kebebasan rakyat Brazil.”

Sebagai peringatan, anda perlu patuhi arahan kerajaan semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilaksanakan kerana kesihatan anda dan orang sekeliling perlu menjadi keutamaan sepanjang masa.

Untuk membaca lebih banyak artikel berkaitan lockdown, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Artikel Lain Untuk Di Baca