Tak Jaga Hati ‘Member’, Keldai Ini Gelakkan Anjing Kena Renjatan

Tak Jaga Hati 'Member', Keldai Ini Gelakkan Anjing Kena Renjatan

Baru-baru ini, tular sebuah video yang memaparkan satu kejadian di sebuah ladang. Kejadian itu membabitkan dua ekor anjing serta seekor keldai meraih perhatian ramai daripada warganet.

Menerusi video itu, memaparkan dua orang pemilik termasuk tukang rakam, dua ekor anjing, seekor kuda serta dua ekor keldai.

Semuanya tampak kelihatan normal apabila pemilik anjing berkenaan mendekati pagar dan kelihatan seperti ingin melawat ladang itu.

Apabila mereka mendekati pagar, salah seekor daripada anjing wanita berkenaan terkena renjatan elektrik kerana tersentuh secara tidak sengaja.

Lantas, anjing tersebut melarikan diri sambil menyalak sekuat hati sehingga tali di lehernya terlepas.

Pada awalnya, pasti ada di antara kita akan berasa kasihan akan nasib anjing itu. Namun begitu, video berkenaan bertukar menjadi menghiburkan apabila keldai yang berada berhampiran dengan pagar mengeluarkan bunyi. Keldai tersebut seakan tergelak besar sejurus selepas anjing itu terkejut akibat terkena renjatan elektrik itu.

Disebabkan keldai tersebut gelak besar pada anjing, video berkenaan menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya ditonton lebih 27 juta kali.

@nashrose18

Poor Izzy got shocked…and the Donkey laughed at [email protected]_hailey_ann_rose_ @avengedx06 #donkey #boxer #fyp #shock #electricfence #laughing #dog

♬ original sound – HI.
Sumber: TIktok (@nashrose18)

Untuk baca artikel-artikel berkaitan, anda boleh klik pada pautan di bawah:

Sumber:

Artikel Lain Untuk Di Baca